Tuesday 29 March 2016

Resepi Ikan Pari Asam Pedas Terbaeekk

Tags


Bahan-bahan kisar ialah:

(*)Cili kering (15 tangkai) – rendam dengan air panas

(*)Bawang merah (5 ulas)

(*)Bawang putih (3 ulas)

(*)Halia (1 inci)

(*)Kunyit hidup (1 inci)

(*)Belacan (1 inci)

(*)Lada hitam ( 1 sudu besar)

(*)(Boleh tambah cili padi jika suka pedas)



Bahan-bahan lain ialah:

(*)Ikan pari (1 kilo)

(*)Bawang merah (1 biji) – dihiris

(*)Serai (1 batang) – diketuk

(*)Daun kesum (5 batang)

(*)Bendi (5 batang)

(*)Tomato (1 biji) – dipotong 4

(*)Asam jawa (3 sudu besar)

(*)Air (2 cawan)

(*)Gula & garam

(*)Minyak untuk menumis



Cara-caranya ialah:

(*)Tumis bawang merah yang telah dihiris sehingga layu.

(*)Kemudian masukkan bahan yang telah dikisar. Masak sehingga pecah minyak.

(*)Selepas itu, masukkan air dan asam jawa. Biarkan sehingga mendidih.

(*)Masukkan pula ikan pari, bendi, tomato, serai dan daun kesum.

(*)Masukkan gula dan garam secukup rasa.

(*)Masak sehingga pecah minyak dan mendidih. Pastikan bendi lembut untuk dimakan.

(*)Angkat dan hidang bersama nasi putih, telur masin, sambal belacan dan ulam-ulaman. Hidangan yang cukup sempurna.


EmoticonEmoticon