Tuesday 29 March 2016

Batu Karang Penyebab Sakit Ketika Kencing?

Tags


(*)Kepekatan air kencing yang tinggi biasa terjadi pada mereka yang sering kali dehidrasi yang disebabkan kurang pengambilan cecair. Jangkitan salur kencing yang berulang kali juga menggalakkan pembentukan batu karang. Apabila terdapat halangan pada saluran air kencing, takungan air kencing akan menyebabkan berlaku jangkitan dan pembentukan batu karang yang berulang kali.Antara jenis batu karang ialah kalsium oxalate, asid urik dan cystine. Batu karang jenis struvite pula terdiri daripada magnesium, ammonia dan fosfat bercampur dengan karbonat. Ini dikenali juga sebagai batu jangkitan. Di Malaysia, batu jenis kalsium oxalate, asid urik dan batu jangkitan biasa di temui.

Gejala & Tanda Penyakit Batu Karang

(*)Batu karang di buah pinggang biasanya tidak menyebabkan kesakitan dan ditemui secara tidak sengaja semasa pemeriksaan ultrasound atau x-ray abdomen untuk sebab-sebab yang lain.
(*)Sesetengah pesakit akan merasa sakit yang tajam pada testikel mereka semasa kencing.
(*)Batu yang kecil mungkin boleh keluar tanpa rasa sakit atau mungkin menyebabkan rasa sakit yang teramat sangat daripada belakang hingga ke kemaluan dengan rasa mual dan muntah yang biasanya disebut sebagai ‘Renal Colic’.
(*)Air kencing keluar bersama darah.
(*)Batu yang lebih besar yang tidak boleh keluar dengan sendiri mungkin tersekat di dalam ureter dan menyebabkan halangan. Ia akan menyebabkan sakit yang berterusan dan demam jika terdapat jangkitan kuman.
(*)Biasanya pesakit batu karang di buah pinggang akan merasa sakit dan sengal-sengal di belakang.

Rawatan Penyakit Batu Karang

(*)Kebanyakan batu karang yang kurang dari 4mm akan keluar dengan sendiri. Namun pesakit akan memerlukan rawatan jika batu itu tidak keluar selepas tempoh pemerhatian dan menyebabkan kesakitan yang berterusan. Batu karang mungkin akan membesar atau menyebabkan komplikasi seperti halangan dan jangkitan. Sesetengah kes di mana batu karang tersebut tidak menyebabkan kesakitan, tetapi menyebabkan fungsi buah pinggang semakin teruk. Rawatan batu karang ini bergantung kepada lokasi, saiz dan jenis batu karang tersebut.

Pencegahan Penyakit Batu Karang

(*)Apabila pesakit telah ada batu karang, dia mempunyai risiko untuk pembentukan batu karang lagi. Pesakit dinasihatkan untuk meminum sekuarng-kurangnya 2-3 liter air untuk memastikan diri mereka cukup air dan mencairkan air kencing mereka. Panduan yang baik ialah apabila kencing, warnanya jernih seperti air.
(*)Perubahan dalam pemakanan mungkin diperlukan untuk mencegah pembentukan batu karang.
(*)Makanan yang kaya dengan protein mungkin akan meningkatkan pengeluaran kalsium oxalate dan asid urik dalam air kencing.
(*)Pesakit yang mempunyai batu karang jenis asid urik dinasihatkan untuk tidak mengambil makanan yang kaya dengan purine seperti daging merah, makanan laut dan alkohol.
(*)Kurangkan pengambilan makanan seperti coklat, kopi dan bayam, kaya dengan oxalate untuk mereka yang berulangkali membentuk batu karang jenis oxalate.
(*)Pesakit perlu mengambil ubat untuk mencegah pembentukan batu karang jenis kalsium dan asid urik. Ubat allupurinol mungkin berguna bagi yang masih mempunyai masalah batu karang jenis asid urik biarpun dengan mengawal makanan.


EmoticonEmoticon