(*)Satu daripada dua puluh penduduk Malaysia adalah pembawa gen talasemia. Di Malaysia, terdapat 600,000 hingga 1 juta pembawa talasemia, dan lebih kurang 2500 pesakit talasemia major. Kebanyakan pesakit adalah daripada keturunan Melayu, Cina dan kaum Bumiputera Sabah.
Jenis-jenis Talasemia
Pembawa Gen Talasemia (Talasemia minor)
(*)Pembawa gen talasemia tidak menunjukkan apa-apa tanda atau masalah kesihatan. Pengesanan hanya boleh dibuat mengenai ujian darah talasemia. Seorang pembawa boleh menurunkan gen talasemia kepada anak-anaknya.
Pesakit Talasemia (Talasemia major)
Pesakit talasemia major akan menunjukkan tanda-tanda sejak dari umur 3- 18 bulan. Tanda dan gejala termasuk:
(*)Keadaan pucat yang semakin ketara, sentiasa lemah dan resah.
(*)Anemia yang serius boleh menyebabkan kesukaran bernafas.
(*)Perut buncit disebabkan pembengkakan hati dan limpa
(*)Tumbesaran terbantut.
(*)Semakin anak membesar terdapat perubahan pembentukan di bahagian muka.
Tanda-Tanda Penyakit Talasemia
(*)Sel darah merah dalam penghidap Talasemia Major hanya boleh hidup dalam beberapa minggu sahaja berbanding dengan sel darah merah yang normal selama 4 bulan. Kekurangan hemoglobin menyebabkan kekurangan oksigen dalam setiap sel badan.
Bagaimana Penyakit Talasemia Diturunkan Kepada Anak?
(*)Anak mewarisi gen talasemia daripada ibu dan bapa. Contohnya, jika kedua-dua ibubapa adalah pembawa gen talasemia, berkemungkinan setiap kehamilan melahirkan bayi berpenyakit talasemia adalah tinggi.
Rawatan Untuk Pesakit Talasemia
(*)Pesakit talasemia major perlu mendapatkan rawatan transfusi darah sebanyak 1-2 kali sebulan untuk seumur hidup. Ini akan mengembalikan paras hemoglobin ke tahap yang lebih baik dan tisu-tisu di dalam badan akan mendapat bekalan oksigen yang mencukupi.
(*)Akan tetapi, transfusi darah yang berpanjangan akan menyebabkan pengumpulan zat besi yang berlebihan di dalam organ-organ penting. Fungsi organ-organ seperti jantung, hati dan kelenjar endokrin akan terjejas dan akan mendatangkan kesan buruk terhadap pesakit.
EmoticonEmoticon