Tuesday 29 March 2016

Resepi Kerang Sambal Cili Padi Pedasss

Tags


Bahan-bahannya ialah:

(*)Kerang (1 kilo) – bersihkan

(*)Bawang merah (5 ulas) – ditumbuk

(*)Bawang putih (3 ulas) – ditumbuk

(*)Cili padi (10 biji) – ditumbuk

(*)Cili padi (3 biji) – dihiris

(*)Cili merah (3 biji) – ditumbuk

(*)Serai (2 batang) – diketuk

(*)Halia (1 inci) – dihiris

(*)Sos cili (1 sudu besar)

(*)Sos tomato (1 sudu besar)

(*)Gula & garam

(*)Sedikit air.



Cara-caranya ialah:

(*)Tumbuk bawang merah dan bawang putih. Kemudian tumbuk cili merah dan cili padi.

(*)Panaskan minyak. Masukkan bawang yang telah ditumbuk. gorang sehingga naik bau.

(*)Kemudian masukkan cili yang telah ditumbuk dan gaul rata. Masak seketika. Masukkan serai yang telah diketuk dan hirisan halia.

(*)Selepas itu, masukkan sos cili dan sos tomato. Masukkan gula dan garam secukup rasa. Kemudian masukkan sedikit air. Jika mahu kuah yang banyak, masukkan lebih.

(*)Selepas menggelegak, masukkan kerang. Gaul rata. Taburkan hirisan cili padi.

(*)Kemudian tutup kuali dan biarkan selama 5 minit.

(*)Siap untuk dihidangkan.

(*)(Resipi boleh ditukar dengan lala)


EmoticonEmoticon