Monday 21 March 2016

Putihkan Gigi Hanya Menggunakan 6 Buah Ini

Tags


Limau/Oren

(*)Anda boleh menggunakan pelbagai jenis limau/oren. Anda cuma perlu memanfaatkan bahagian dalam ‘isi’ kulitnya. Gosok bahagian tersebut pada gigi secara merata dan lakukan pada setiap hari. Jika anda memiliki gigi jenis sensitif, kandungan vitamin C yang tinggi boleh menimbulkan rasa ngilu pada gigi.



Pisang

(*)Cara putihkan gigi yang seterusnya ialah menggunakan pisang. Makanan yang menjadi kegemaran monyet initernyata boleh memutihkan gigi. Bukan hanya buahnya sahaja yang boleh  digunakan untuk memutihkan gigi, tetapi kulitnya juga boleh putihkan gigi anda. Caranya cukup mudah,ambil pisang lalu gosokkan perlahan di gigi selama dua minit.Setelah itu, bersihkan gigi dari sisa-sisa pisang. Kandungan mineral yang terdapat dalam pisang membantu menyihatkan gigi dan mengembalikan warna asal gigi anda.



Strawberi

(*)Anda boleh putihkan gigi anda dengan menggunakan strawberi. Lumatkan buah strawberi,kemudian aplikasikannya sebagai masker gigi. Biarkan selama 10-15 minit, kemudian bilas dan gosok gigi anda dengan menggunakan ubat gigi anda.Kandungan asid malatnya tinggi, dan cara ini hanya boleh dilakukan seminggu atau dua minggu sekali.



Epal

(*)Buah epal selain rasanya yang manis dan juga segar, ia juga mengandungi zat yang boleh menguatkan gigi dan mampu memutihkan gigi. Ketika gigi menguyah isi buah epal, secara tidak langsung isinya sedang membunuh kesan-kesan kuning gigi dan juga menjaga ketahanan gigi.


Pinang

(*)Cara putihkan gigi yang seterusnya ialah ambil beberapa biji buah pinang. Lalu disangrai sehingga kehitaman. Tumbuk biji buah pinang ini hingga halus, kemudian gosokan pada gigi hingga merata. Ketika menggosok, gunakanlah sabut buah pinang sebagai alat penggosoknya. Bilas hingga bersih. Lakukan perawatan ini dua minggu sekali.



Nanas

(*)Buah nanas bertindak sebagai pembersih kotoran semulajadi dengan meningkatkan pengeluaran air liur yang mampu membersihkan sisa makanan sehingga mulut anda lebih bersih dan segar.


EmoticonEmoticon