Monday 21 March 2016

Resepi Ayam Masak Lemon Yang Sedap

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

(*)500 gram dada ayam fillet (dipotong nipis mengikut selera sendiri)

(*)1/2 sudu teh garam

(*)1/4 sudu teh serbuk lada sulah

(*)2 biji telur ayam (ambil putihnya sahaja – dikacau)

(*)6 sudu teh tepung serbaguna

(*)Bahan Yang Diperlukan Untuk Membuat Sos Lemon:

(*)2 kiub pati ayam

(*)3 sudu besar air perahan lemon

(*)2 ulas bawang putih (dicincang halus)

(*)2 sudu besar gula pasir

(*)1/2 sudu teh tepung jagung (larutkkan dengan 1 sudu besar air)


Cara Membuatnya ialah:

(*)Lumur ayam dengan garam dan lada sulah, gaul sebati dan biarkan selama 15 minit.

(*)Setelah itu, lumur ayam dengan tepung serbaguna, celupkan pada telur dan lumur lagi dengan tepung serbaguna.

(*)Kemudian goreng ayam sehingga berwarna kuning keemasan, angkat toskan.

(*)Panaskan kiub ayam dengan air lemon dan bawang putih hingga mendidih.

(*)Tambahkan gula pasir dan tepung jagung. Gaul cepat sehingga sos lemon menjadi likat. Setelah itu angkat.

(*)Letak ayam yang telah siap digoreng di dalam bekas atau pinggan.

(*)Siram dengan sos lemon atau sos tersebut boleh juga dihidangkan secara berasingan dengan ayam.


EmoticonEmoticon