Punca Gusi Bengkak Terjadi
1. Kebersihan Mulut
(*)Kebersihan mulut menjadi hal utama yang harus diperhatikan dalam menjaga kesihatan mulut dan juga mengatasi gusi yang bengkak. Bermula pada saat anda makan maka sisa makanan akan melekat pada pada celah-celah gigi dan gusi yang meningkatkan risiko terjadinya gusi bengkak. Oleh itu,selalulah berus gigi anda setiap kali selepas makan. Fokuskan juga memberus bahagian lidah dan kawasan sekitar mulut.
2. Pemakaian Braces
(*)Pemakaian pendakap gigi atau ‘braces’ juga merupakan salah satu penyebab utama terjadinya gusi bengkak. Jika braces dipasang terlalu rapat dengan gusi,maka ia akan memberikan tekanan yang membuat gusi bengkak dan berlakunya iritasi.
3. Pemakanan Yang Tidak Sihat
(*)Amalkan makan makanan yang tidak sihat seperti makanan yang mengandungi banyak gula merupakan punca tercetusnya gusi bengkak. Oleh itu,tukarkan diet anda dengan makanan yang seimbang dan hindarilah makanan yang mengandungi banyak gula.
4. Kekurangan Vitamin
(*)Kekurangan vitamin terutamanya Vitamin C merupakan punca gusi bengkak.
5. Kehamilan
(*)Tempoh kehamilan merupakan masa yang sangat berpotensi untuk gigi anda rosak dan juga juga terjadinya pembengkakan gusi. Hal ini terjadinya kerana ibu hamil biasanya mengalami kekurangan kandungan gizi dalam badan disebabkan zat tersebut disalurkan ke janin yang sedang dikandungnya.
Tanda Gusi Bengkak
(*)Mulut akan berbau busuk.
(*)Gusi menjadi merah dan mudah berdarah apabila diberus atau mengunyah makanan yang keras.
(*)Gusi akan membengkak dan kadang-kadang bernanah.
(*)Gigi akan menjadi longgar dan akhirnya terpaksa dicabut.
Tips Mengubati Gusi Bengkak
Larutan Air Garam
(*)Tambahkan satu sudu makan garam pada segelas air suam dan kacau hingga hancur. Kemudian kumurkan air garam selama beberapa minit.Ulangi proses ini beberapa kali sehari untuk meredakan gusi bengkak.
Air Perahan Lemon
(*)Perah satu buah lemon ke dalam segelas air suam. Kemudian kumurkan air perahan lemon ini selama beberapa minit 2-3 kali sehari.
Bersihkan Gigi Dengan Benang Gigi, Flos
(*)Gunakan benang gigi untuk membersihkan sisa makanan dari celah-celah gigi anda. Ini kerana sisa makanan yang tidak dibersihkan akan mencetuskan gingivitis atau penyakit yang menyebabkan gusi bengkak dan berdarah.
Ambil Vitamin Setiap Hari
(*)Antara punca gusi bengkak ialah kekurangan vitamin dalam tubuh. Oleh itu, amalkan makan vitamin C,asid folik atau zat besi setiap hari.
Urut Gusi
(*)Cara lain untuk meringankan pembengkakan gusi adalah dengan mengurut gusi menggunakan ‘cotton buds’. Lakukan urutan ini sekurang-kurangnya 5 minit setiap hari untuk meningkatkan aliran darah ke gusi.
Madu
(*)Cara mengubati sakit gusi bengkak yang seterusnya adalah menggunakan madu. Madu adalah makanan yang memiliki banyak zat . Sapukan madu pada gusi yang bengkak 3 kali sehari.
Banyak Minum Air Putih
(*)Perbanyakkan minum air putih untuk mengurangi bakteria pada mulut . Malah air putih dapat menggantikan fungsi air liur yang berkurangan.
Kunyit Hidup
(*)Rendamkan kunyit hidup dan gambir dalam air panas yang mendidih. Biarkan seketika sampai sejuk, kemudian kumurlah dengan air rendaman tersebut.
Umbut Nanas
(*)Hancurkan umbut nanas dan campurkan sedikit dengan garam halus. Kemudian,tampal pada bahagian gusi bengkak.
Rawatan Gusi Bengkak
(*)Tujuan utama rawatan penyakit gusi adalah mencegah berlakunya jangkitan. Terdapat pelbagai jenis rawatan mengikut keparahan penyakit gusi tersebut. Pembedahan akan dilakukan apabila tahap kesihatan periodontium yang baik tidak dicapai. Terdapat beberapa pembedahan untuk penyakit periodontium termasuk:
Pembersihan terbuka
(*)Kalkulus dibuang dari permukaan akar gigi di dalam poket.
Grafting tulang
(*)Tulang pesakit atau tulang tiruan diletakkan dalam kawasan yang terlibat (contoh: kawasan kehilangan tulang).
Regenerasi Tisu Terkawal
(*)‘Membran’ diletakkan di antara tulang dan gusi untuk menggalakkan pertumbuhan tisu periodontium.
EmoticonEmoticon