Saturday 19 March 2016

Punca Dan Bahaya Kanser Hati Yang Anda Patut Tahu

Tags


Tanda Kanser Hati

Pesakit yang menghidap kanser hati mungkin tidak mempunyai simptom pada peringkat awal. Namun, tanda-tanda berikut mungkin terdapat pada pesakit kanser hati;

(*)Sakit di bahagian abdomen terutama bahagian rusuk kanan.
(*)Jaundice (kuning di bahagian mata dan kulit).
(*)Sakit tulang akibat dari penyebaran kanser ke tulang.
(*)Demam yang kerap.
(*)Mudah letih.
(*)Hilang berat badan.
(*)Pengesanan pembengkakan hati di bahagian abdomen.
(*)Ascites (pengumpulan cecair akibat sirosis di bahagian abdomen).
(*)Pendarahan daripada kanser hati mengakibatkan pendarahan pada cecair ascites.

Komplikasi Kanser Hati

(*)Muntah darah disebabkan oleh pendarahan varices di saluran makan atau oesophagus yang berpunca dari sirosis atau penyebaran kanser hati ke dalam saluran darah.
(*)Jaundice atau kekuningan pada mata atau kulit akibat daipada tahap bilirubin yang tinggi.
(*)Sakit perut daripada pendarahan dalaman kanser hati.
(*)Koma akibat kegagalan fungsi hati.
(*)Sakit pada bahagian abdomen dan menyebabkan tekanan kepada struktur atau organ berdekatan.

Rawatan Kanser Hati

Pembedahan Sebahagian Hati Yang Diserang Sel Kanser

(*)Cara ini mempunyai kadar sembuh yang tinggi bagi pesakit, bergantung pada peringkat dan juga keadaan keseluruhan pesakit serta kepakaran yang ada.


Pemindahan Hati

(*)Perlu dipertimbangkan sekiranya terdapat hanya satu kanser hati yang berukuran kurang dari 5cm atau kurang dan sama dengan 3c yang tidak boleh dibedah.


Radiofrequency Ablation

(*)Penggunaan haba secara radio-frekuensi terus kepada sel kanser di hati yang dijalankan oleh pakar radiologi.


Suntikan Ethanol

(*)Suntikan secara terus kepada sel-sel kanser yang dijalankan oleh pakar radiologi.


Kemoterapi

(*)Ubatan kemoterapi disuntik terus kepada sel tumour melalui salur darah pesakit oleh pakar radiologi.


EmoticonEmoticon