Saturday, 19 March 2016

Petua Untuk Miliki Mata Cantik Dan Tidak Berkedut

Tags


Petua Cantik Mata Yang Pertama

(*)Biasakan memakai kacamata gelap yang mengandung anti UV ketika berada di bawah cahaya matahari. Selain merosak kolegen dalam kulit, gerakan mengerutkan mata ketika anda berasa silau juga turut merangsang timbulnya kedutan halus. Ambil perhatian ya!


Petua Cantik Mata Yang Kedua

(*)Selalu memakai krim anti matahari yang mengandung anti UVA dan UVB. Sapukan krim tersebut secara merata ke kawasan mata, atau gunakan krim anti matahari khusus untuk bahagian mata.


Petua Cantik Mata Yang Ketiga

(*)Memakai krim mata yang mengandung anti-aging dan anti-oksidan ‘wajib’, terutama bagi wanita yang sudah berusia lebih daripada 30 tahun, dan lebih baik lagi jika langkah ini anda mulakan lebih awal.


Petua Cantik Mata Yang Keempat

(*)Senyum dan ketawa adalah ekspresi wajah yang juga memberikan sumbangan pada terbentuknya kedutan. Ia tentu tidak dapat dihindari, namun anda boleh mengurangkan gerakan mengerenyit dan mengecilkan mata.


Petua Cantik Mata Yang Kelima

(*)Gunakan dua bantal ketika tidur. Posisi kepala lebih tinggi akan membantu menghindari cecair terperangkap pada sekitar mata. Selain itu, biasakan diri untuk tidur dalam keadaan terlentang kerana ia membantu menghindari kedutan di bahagian mata.


Petua Cantik Mata Yang Keenam

(*)Pengambilan buah-buahan adalah salah satu cara melawan penuaan semulajadi yang sangat efektif. Buah mengandungi vitamin C dan anti oksidan yang sangat diperlukan oleh kulit.


Petua Cantik Mata Yang Ketujuh

(*)Lakukan perawatan kulit sehari-hari dengan teratur, bermula dari cara anda  membersihkan wajah dengan pembersih yang sesuai dengan jenis kulit, pemakaian serum dan pelembab sehinggalah perawatan mingguan seperti memakai masker dan pengelupasan (skrub).


Petua Cantik Mata Yang Kelapan

(*)Perlakukan kulit dengan lembut. Menggosok atau mengusap kulit wajah dan sekitar mata dengan kasar ketika sedang membersihkan atau mengaplikasikan krim perawatan juga boleh mengundang kedutan. Begitu juga dengan gerakan menggosok-gosok mata.


Petua Cantik Mata Yang Sembilan

(*)Rajin bersenam memperlambat kemunculan penuaan semulajadi. Malah, ia turut membuatkan penampilan anda nampak lebih segar dan muda. Senaman ringan seperti  berjoging membantu menjaga kesihatan dan juga melancarkan perjalanan darah sehingga kulit terhindar daripada penggumpulan cecair yang menyebabkan pembengkakan.


Petua Cantik Mata Yang Kesepuluh

(*)Hindari stres dengan selalu berfikiran positif dan memikirkan perkara-perkara yang membuat anda bahagia. Di samping itu, lakukan hobi atau hal-hal yang disukai untuk membuat diri anda menjadi lebih bahagia.


Info Ekstra!

(*)Pertambahan usia adalah satu perkara yang tidak dapat dihindari. Kulit di sekeliling kawasan mata menjadi semakin mudah mengalami kekeringan. Masalah ini bukan hanya terjadi pada wanita, lelaki pun turut mengalaminya. Jadi, terimalah diri anda seadanya dengan pertambahan usia yang tak mampu untuk kita semua hindari.


EmoticonEmoticon