Saturday, 19 March 2016

Resepi Hazelnut Cream Cheese Brownies Nyumieehhhhhhhhh

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

Brownies –

(*)1/2 cawan dark chocolate
(*)75g mentega
(*)1 cawan tepung gandum
(*)1/4 sudu kecil garam
(*)3/4 cawan gula castor
(*)2 biji telur gred A
(*)1 sudu kecil esen vanilla
(*)3/4 cawan hazelnut(dicincang kasar)

Filling –

(*)85g cream cheese
(*)1/4 cawan gula castor
(*)1 biji telur gred A
(*)2 sudu kecil jus lemon
(*)1/4 cawan hazelnut (dicincang kasar)

Cara Membuatnya ialah:

(*)1. Putar cream cheese dengan gula hingga licin. Masukkan telur & jus lemon, putar lagi. Bila sudah sebati gaulkan hazelnut. Simpan sebentar dalam peti sejuk

(*)2. Cairkan coklat dan mentega. Biarkan sejuk seketika (jangan sampai beku).

(*)3. Putar telur dan gula hingga gula hancur. Tuangkan campuran coklat dan mentega tadi, putar lagi. Masukkan esen vanila.

(*)4. Kemudian masukkan tepung dan garam yang sudah diayak sedikit demi sedikit. Gaul rata. Akhir sekali masukkan hazelnut.

(*)5. Gris loyang dan tabur tepung sedikit, tuangkan 1/2 adunan brownies, kemudian tuang filling cheese dan tutup dengan baki adunan brownies. Swirl gunakan pisau mentega (buat pergerakan depan belakang kiri dan kanan pada adunan).

(*)6. Bakar pada suhu 130C selama 30 minit.


EmoticonEmoticon