Melawan Kanser
(*)Kombinasi antara antioksidan dan sifat anti inflamasi yang terdapat dalam buah strawberry boleh melawan pelbagai bentuk kanser.Zat-zat seperti vitamin C, folic dan flavonoid akan membantu anda melawan peradangan, kanser dan penyakit jantung.
Menjaga Daya Ketahanan Tubuh
(*)Kandungan vitamin C dalam buah strawberry mampu meningkakan sistem ketahanan tubuh. Anda akan terhindar daripada infeksi dan penyakit selsema.
Membakar Kalori
(*)Stawberry dapat meningkatkan metabolisme sehingga pembakaran kalori berjalan dengan lebih cepat.
Mencegah Tekanan Darah Tinggi
(*)Kandungan potassium dan zat besi di dalam strawberry sangat efektif menekan tekanan darah tinggi dan mampu membuatnya menjadi lebih seimbang.
Kurangkan Lebam Bawah Mata
(*)Zat dalam buah strawberry mampu mengurangkan bengkak dan lingkaran hitam di bawah mata. Anda hanya perlu potong buah strawberry nipis-nipis, dan letakkan hirisan strawberry tersebut di bawah mata. Biarkan selama 15 minit, kemudian cuci wajah anda dengan air sejuk.
Mengubati Jerawat
(*)Vitamin C, Alpha Hydorxy(AHA), asid salisilat dan flavonoid dalam buah strawberry membantu dalam memberishkan jerawat dan mengurangkan minyak berlebihan di wajah. Jadi, ini bermakna buah strawberry merupakan bahan semulajadi untuk menghilangkan jerawat.
Memutihkan Gigi
(*)Sering menikmati buah strawberry dikatakan mampu memutihkan gigi serta membersihkan mulut. Bagi anda yang memiliki gigi kuning, anda disarankan mengambil dan mengunyah buah strawberry sebagai langkah mudah untuk memutihkan gigi.
EmoticonEmoticon