Wednesday 23 March 2016

Resepi Popia Basah Sedap

Tags


Untuk Kulit Popia Basah:

Bahan-bahannya ialah:

(*)1 kg tepung gandum
(*)1 biji telur (telur putih sahaja)
(*)5-7 sudu makan minyak masak
(*)5 camca teh garam atau secukupnya
(*)4 1/2 cawan air

Cara Membuat Kulit Popia Basah:

(*)masukkan air, putih telur, minyak masak dan garam kedalam mangkuk adunan dan kacau sehingga sebati.
(*)Kemudian tambahkan tepung gandum dan gaulkan. Pastikan adunan tepung tadi akan terbentuk seperti gam.
(*)Tutup adunan dan biarkan sekurang-kurangnya setengah jam.
(*)Pastikan anda menggunakan kuali leper dan tiada kesan minyak. Panaskan kuali dengan api sederhana kecil, sapukan adunan tepung bebentuk bulat ke atas kuali leper.
(*)Biarkan kulit popia masak dalam masa baberapa saat.




Sos Popia Basah

Bahan-bahannya ialah:

(*)1 biji bawang besar dikisar
(*)3 ulas bawang putih dikisar
(*)4 sudu makan udang geragau (dikisar kering)
(*)3 senduk masak cili kisar (tambahkan jika anda mahu ia lebih pedas)
(*)1 sudu sos tiram
(*)1 sudu kicap cair
(*)3 sudu gula merah
(*)Garam secukupnya
(*)Gula secukupnya
(*)Secubit asam jawa
(*)1 1/2 mangkuk air
(*)Tepung jagung (dibancuh dengan air)


Cara membuatnya ialah::

(*)Tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau, masukkan cili kisar dan tumiskan sehingga garing.
(*)Kemudian masukkan udang kering/geragau (tumis juga).
(*)Masukkan sedikit air dan kacau rata. Kemudian tambahkan sos tiram, kicap cair dan gula merah. Masukkan air, garam, gula dan asam jawa kacau dan biarkan mendidih.
(*)Setelah mendapatkan rasa yang anda kehendaki masukkan tepung jagung dan kacau sehingga mendapat kepekatan yang anda kehendaki.

Take Note!

(*)Rasa yang sesuai untuk sos popia adalah manis, sedikit masam, sedikit pedas dan yang terpenting adalah rasa udang geragau.





Inti Popia Basah

Bahan-bahannya ialah:

(*)1 biji  bawang besar
(*)3 ulas bawang putih
(*)1/4 inci halia
(*)3 sudu makan udang geragau (kisar)
(*)1 batang lobak merah
(*)200 gram taugeh
(*)1 biji sengkuang cina
(*)Minyak masak secukupnya
(*)Garam dan gula secukupnya


Cara membuatnya ialah:

(*)Tumis bawang besar, bawang putih dan halia sehingga naik bau, masukkan udang geragau kisar dan tumis hingga sedikit garing.
(*)Tambahkan lobak merah dan sengkuang cina. Biarkan sehingga sedikit lembut, masukkan taugeh, garam dan gula.
(*)Kacau dan biarkan sehingga cukup masak.


Menyediakan Popia Basah:

Bahan-bahannya ialah:

(*)Kulit popia
(*)Inti popia
(*)Sos popia
(*)Kobis (dimayang halus)
(*)Kacang tanah goreng (tumbuk/kisar)
(*)Bawang goreng (dikisar)
(*)Daun bawang (dipotong halus)


Cara Membuatnya ialah:

(*)Sapu rata sos popia pada kulit, taburkan sedikit kobis, kacang tanah goreng dan bawang goreng. Letakkan inti popia kemudian gulungkannya.
(*)Untuk menambah rasa yang lebih hebat, sapukan sos keatas popia basah yang siap digulung dan taburkannya sedikit kacang tanah goreng dan bawang goreng.


EmoticonEmoticon