Wednesday 23 March 2016

Resepi Biskut Almond London Sedap

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

(*)250 gm mentega/margarine
(*)100gm gula halus
(*)230gm tepung  Redrose (mahu guna tepung gandum pun boleh)
(*)50gm nestum (dikisar halus)
(*)Kacang badam secukupnya (dipanggang)
(*)1 sudu teh esen vanilla
(*)Almond nib secukupnya sebagai hiasan
(*)Coklat masakan
(*)Cawan kertas bersaiz kecil


Cara Membuatnya ialah:

(*)Pukul mentega dan gula hingga sebati.Kemudian masukkan esen vanilla.
(*)Setelah itu, masukkan nestum dan putar seketika, biar sebati.
(*)Masukkan tepung jagung dan baur hingga rata.
(*)Kemudian masukkan pula tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh yang lembut.
(*)Biarkan selama 15-20 minit dan tutup dengan ‘kitchen towel’ yang lembab.
(*)Ambil sedikit doh, dan isi badam dan bentukkan ia sama ada bulat atau bujur.
(*)Kemudian bakar pada suhu 170 darjah Celsius dalam masa 20-25 minit.


Untuk Salutan Coklatnya ialah:

(*)Cairkan coklat masakan menggunakan cara ‘double boiling’.
(*)Apabila coklat sudah cair, celupkan biskut tadi dan kemudian masukan dalam cawan kertas kecil dan tabur sedikit almond nib di atasnya.
(*)Buat hingga habis, dan biarkan coklat tersebut beku kemudian barulah di masukkan dalam bekas kedap udara.


EmoticonEmoticon