1. Berisiko tinggi menghidapi Lemah Kawalan Kencing (LUL)
(*)Ada pakar mendapati, wanita yang mahu memakai korset untuk kelihatan langsing berisiko tinggi menghidapi Lemah Kawalan Kencing (LUL). Penggunaan korset dikatakan, menekan bahagian bawah perut dan lama-kelamaan ia tidak dapat menahan tekanan berkenaan.
(*)Bagi wanita mahu tampak susuk tubuh sempurna mereka tidak kisah semua itu dan sedia menyarungnya sehari suntuk meskipun terpaksa menanggalkan dan mengenakan semula selepas kencing. “Ada wanita yang malas dan menahan saja kencing sehingga mengganggu sistem saraf pundi kencing”.
2. Ketidakselesaan untuk bernafas
(*)Penggunaan yang berpanjangan boleh menyebabkan tahap oksigen yang rendah dalam badan, sehingga menyebabkan keletihan, pening dan mual.
(*)Kesannya pada organ ruang paru-paru terbatas untuk mengembang sepenuhnya apabila bernafas dan terpaksa bekerja lebih. Ia akan cepat penat dan letih melampau yang menyukarkannya berfungsi sempurna dan berdegup laju.
3. Mengurangkan selera makan
(*)Memakai korset meletakkan tekanan ke atas perut serta ukuran pinggang seseorang. Ia menyebabkan kesukaran untuk makan berlebihan dan sekaligus mengurangkan selera makan.
4. Mempengaruhi organ dalaman badan wanita
(*)Menyebabkan tekanan atau kompresi terhadap rongga dada yang dapat mempengaruhi organ dalaman seperti hati, paru-paru dan jantung dan kelainan pada bentuk fizikal tubuh misalnya tekanan pada perut akan terjadinya benjolan di bahagian tubuh lain.
5. Penyebab penyakit Chlorosis (greensickness)
(*)Penyebab kepada chlorosis (greensickness) iaitu kulit menjadi putih kehijauan yang disebabkan adanya gangguan pada hempedu.
(*)Kesimpulannya, tidak salah jika anda mahu kelihatan ramping, namun soal kesihatan perlu dititikberatkan kerana tidak guna tampil cantik tetapi memudaratkan kesihatan. Pemakaian korset secara sembarangan, tidak mengikut keperluan, saiz dan keupayaan diri sebenarnya boleh membawa risiko tidak diundang seperti di atas.
EmoticonEmoticon