1. Pilih Kasut Yang Tepat
-_-Hindari penggunaan kasut dengan motif yang terlalu meriah. Ini akan membuatkan lebih banyak mata memberikan tumpuan pada bahagian kaki anda.Jika anda ingin mengalihkan pandangan mata orang tertuju pada betis anda yang besar itu, pakailah kasut dengan motif sederhana.
-_-Pilih juga kasut berpotongan besar yang akan memberikan ilusi betis anda kelihatan lebih kecil. Wedges adalah pilihan paling tepat untuk mempercatikkan langkah anda.
2. Warna Kasut Yang Sesuai
-_-Warna yang dipilih juga sebaiknya sesuai dengan warna kulit sehingga ilusi kaki jinjang dapat dihasilkan.Jika ingin variasi warna kerana bosan dengan warna-warna polos, kasut dengan aksesori kecil logam berkilat boleh menjadi daya tarikan tersendiri untuk penampilan anda.
3. Pemilihan Baju
-_-Biasanya anda yang mempunyai betis besar suka menggunakan seluar atau dress full size, untuk menutupi betisnya yang besar.Memang tak ada salahnya, namun adakalanya untuk menyembunyikan sesuatu, anda harus membiarkannya terbuka.
-_-Triknya adalah memindahkan pusat daya tarikan daripada bahagian tubuh yang ingin ditutupi.Jika anda ingin memakai dress, perhatikan potongan bawahnya, memilih yang bawah lutut.
-_-Untuk menyamarkan betis besar anda, pilih motif atau aksesoris yang mendominasi tubuh bahagian atas. Namun, hati-hati, jangan memenuhi bahagian atas tubuh dengan aksesori yang terlalu banyak kerana ia akan membuatkan penampilan anda nampak pelik
4. Memilih Stoking
-_-Penggunaan stoking berwarna gelap, menjadi tips bergaya untuk anda yang berbetis besar.Jika dipadukan dengan dress yang tepat, maka betis besar anda tidak hanya tersembunyi, tetapi juga mampu membuatkan penampilan anda kelihatan lebih menarik.
Tips Ekstra!
-_-Berikut beberapa cara untuk memecahkan lemak di betis:
Joging
-_-Joging adalah pilihan lain yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah betis besar.
Squat
-_-Berdiri tegak dengan posisi kedua kaki terbuka lebar. Setelah itu, tangan diletakkan di pinggang dan lutut dibengkokkan. Tahan selama beberapa saat, lakukan secara berulangkali pada setiap hari.
Squat Di Lantai
-_-Squat di lantai boleh di lakukan dengan cara mengiringkan tubuh di lantai sambil salah satu kaki di angkat ke atas. Lakukan bergantian selama beberapa saat. Bukan setakat lemak di betis yang boleh mengecil, otot paha juga akan jadi semakin terbentuk dengan squat di lantai.
Jalan Kaki
-_-Selain menyihatkan, jalan kaki juga boleh mengecilkan lemak di betis. Pilih waktu pagi untuk jalan kaki kerana udara pagi cukup menyegarkan dan membuatkan aktiviti tersebut menjadi semakin menyenangkan.
Lunges
-_-Mulakan dengan posisi berdiri dan kedua kaki terbuka lebar, salah satu kaki maju ke depan dan lutut dibengkokkan sampai ke lutut kaki belakang menyentuh lantai. Ulangi sebanyak 15-18 kali setiapkali melakukan gerakan tersebut.
EmoticonEmoticon