Tuesday, 8 March 2016

Cara Turunkan Darah Tinggi

Tags


1.    [!]Lakukan Aktiviti

(*)Bergerak atau melakukan aktiviti seperti bersenam boleh memperkuatkan jantung sehingga dapat mengepam lebih banyak darah dan mengurangi tekanan pada arteri. Perkara ini juga membantu mengurangkan berat badan yang dengan sendirinya membantu menurunkan tekanan darah.

(*)Usahakan untuk bergerak selama 30 minit setiap hari, seperti berjoging atau berjalan kaki. Namun, jika tekanan darah sedang tigggi, sebaiknya mengangkat sebarang beban kerana ia boleh menyebabkan peningkatan tekanan darah.



2.    [!]Wajib Makan Buah-Buahan & Sayur-Sayuran

(*)Kandungan kalium, magnesium dan serat daripada buah-buahan dan sayur-sayuran boleh menurunkan tekanan darah.



3.    [!]Pilih Susu Rendah Lemak & Soya

(*)Susu rendah lemak dan protein daripada soya dikatakan memiliki efek penurunan tekanan darah ketika menggantikan keperluan karbohidrat dalam makan.



4.    [!]Pilih Gandum

(*)Makanan yang berasal daripada gandum dikatakan boleh mengurangi tekanan darah dan membuat pesakit tidak perlu mengambil ubat. Jadi, cubalah beralih ke roti, bubur, bijirin, beras merah ataupun pasta gandum.



5.    [!]Makanan Berwarna Ungu

(*)Buah atau sayuran yang berwarna ungu seperti blackcurrant, raspberry, terung, blueberry sangat bermanfaat buat tubuh. Kandungan ‘anthocyanin’ yang terdapat di dalamnya membantu meregangkan pembuluh darah serta meningkatkan pengaliran darah.



6.    [!]Kurangkan Pengambilan Garam

(*)Hubungan garam dengan tekanan darah sangat kuat, kerana garam menarik cecair sehingga meningkatkan volume dan tekanan darah di arteri. Sebahagian besar garam yang diambil bukan daripada apa yang ditambah ke dalam makanan, tetapi ia sememangnya sudah tersedia ada di dalamnya.


EmoticonEmoticon