1. Makan makanan bersumber kekacang
(*)Sumber kekacang adalah antara makanan yang mampu meningkatkan stamina seseorang kerana kandungan zat besinya yang tinggi.
(*)Zat besi diperlukan oleh tubuh badan untuk menghasilkan sel darah merah yang membantu dalam pengangkutan oksigen ke otot-otot.
2. Lakukan latihan High Intensity Interval
(*)Antara banyak-banyak senaman kardio, senaman yang paling cepat untuk meningkatkan stamina pada tahap ‘tip top’ adalah High Intensity Interval Training (HIIT).
(*)HIIT adalah contoh senaman larian di mana anda berjalan pantas untuk tempoh tertentu, kemudian berlari perlahan (joging) dalam masa tertentu, kemudian berlari pecut sekuatnya untuk tempoh tertentu juga.
3. Tetapkan matlamat yang realistik dalam melakukan senaman
(*)Jangan letakkan matlamat yang tidak realistik kerana ia akan membuatkan badan anda malas bekerja untuk mencapai matlamat tersebut. Letakkan matlamat yang anda boleh capai. Langkah demi langkah, anda lepasi setiap matlamat anda. Secara tidak langsung , stamina anda juga akan bertambah.
4. Lari secara bertempo
(*)Mulakan larian dengan larian jonging biasa. Kemudian, lajukan larian anda sedikit demi sedikit. Contohnya lima minit dengan kelajuan biasa, lima minit lebih laju dan lima minit lebih laju.
(*)Kemudian, kurangkan kelajuan kepada kelajuan biasa. Motif utama senaman ini adalah untuk mengerjakan otot-otot anda pada tahap maksimum. Asid laktik yang terkumpul di kaki dan otot-otot anda akan membantu anda untuk membina otot-otot yang berstamina tinggi.
5. Larian laju seminit
(*)Anda jogging dengan kelajuan biasa selama lima minit dan lari pada kelajuan penuh selama seminit. Kemudian, anda lari pada kelajuan biasa selama dua minit dan lari pada kelajuan penuh selama seminit.
(*)Kaedah fizikal yang bagus boleh membina stamina dengan cepat dan berkesan. Namun, makanan dan minuman juga memainkan peranan membekalkan tenaga untuk kita jalani aktiviti fizikal tersebut.
(*)Minuman pemberi tenaga seperti ‘Tricajuice’ dan ‘Isotonik’ boleh membantu meningkatkan stamina anda ketika bersukan atau melakukan aktiviti seharian.
EmoticonEmoticon