Bahan-bahannya ialah:
(*)Secawan mentega
(*)Secawan gula kastor
(*)Secawan gula perang
(*)2 biji telur
(*)2 sudu teh esen vanilla
(*)3 cawan tepung (plain flour)
(*)1 sudu teh baking soda
(*)2 sudu teh air panas
(*)½ sudu teh garam
(*)2 cawan semisweet chocolate chips
(*)Secawan walnut (cincang)
Cara Membuatnya ialah:
(*)Panaskan ketuhar dengan suhu 170 darjah celcius.
(*)Pukul mentega, gula kastor dan gula perang hingga halus atau gebu.
(*)Kemudian masukkan telur satu per satu, kemudian tambahkan esen vanilla.
(*)Larutkan baking soda dalam air panas. Tambahkan ke dalam adunan bersama dengan garam.
(*)Masukkan tepung, chocolate chips, dan walnut. Kacau hingga rata.
(*)Ambil adunan satu sudu besar, bentuk bulat, dan leperkan. Susun atas baking tray.
(*)Bakar dalam ketuhar selama 10 minit atau sampai ianya berwarna keperangan.
(*)Ok, dah siap pun.
EmoticonEmoticon