Tuesday, 22 March 2016

Nasi Goreng Nenas Yang Patut Anda Cuba

Tags


Bahan-Bahannya ialah:

(*)2 sudu besar mentega.

(*)2 sudu besar sos tomato.

(*)Sebiji bawang bombay, dicincang.

(*)2 ulas bawang putih, dicincang.

(*)Sedikit daging/ayam dihiris nipis-nipis

(*)10 ekor udang (dikupas kulit)

(*)4 mangkuk kecil nasi putih.

(*)½ sudu teh air kunyit

(*)1 sudu teh serbuk garam.

(*)½ sudu teh serbuk lada sulah

(*)Sedikit nanas madu, potong kecil-kecil

(*)Sedikit kismis (sebaiknya direndam seketika di dalam air panas)

(*)Sedikit bawang goreng.



Cara Membuatnya ialah:

(*)Panaskan mentega, tumis bawang bombay dan bawang putih sehingga naik baunya.

(*)Kemudian masukkan daging, kacau sampai masak.

(*)Setelah itu, tambahkan nasi, masukkan air kunyit, garam dan serbuk lada sulah. Kacau hingga rata.

(*)Tambahkan sos tomato, udang, nanas dan kismis, gaul rata sehingga semua bahan masak. Angkat.

(*)Untuk rasa yang lebih nikmat hidangkan Nasi Goreng Nanas ini panas-panas dengan taburan bawang goreng.


EmoticonEmoticon