Saturday, 19 March 2016

Cara Merawat Bibir Yang Betul

Tags


Berikut beberapa cara betul untuk merawat bibir, antaranya…



Scrubbing

(*)Bibir yang cantik dan sihat tentunya daripada penjagaan yang tepat atau betul.Untuk mengangkat sel-sel kulit mati di bibir, anda perlu melakukan scrubbing bibir secara rutin kira-kira dua minggu sekali. Kulit bibir sangat nipis, pastikan anda melakukan scrubbing dengan selembutnya. Di samping itu, anda juga boleh membuat scrub bibir sendiri dengan cara mencampurkan gula dan minyak zaitun dalam jumlah yang sama. Hasilnya, bibir anda pasti lebih lembut dan cerah.



Jaga Kelembapan Bibir

(*)Bagi anda yang memiliki jenis bibir kering, anda wajib memakai lip balm secara rutin. Ia penting untuk menambah kelembapan bibir. Selain perlu dipakai untuk kegunaan sehari-hari, lip balm juga penting dipakai sebelum anda mengaplikasikan lipstick matte supaya bibir anda tetap selesa.



Pilih Pelembab Bibir Ada SPF

(*)Bukan hanya muka sahaja yang perlukan perlindungan terhadap sinaran matahari, sebaliknya bibir juga! Pilih pelembab bibir yang mengandungi SPF 30 Lip Balm. Kandungan SPF didalamnya berkesan untuk melindungi bibir daripada sinaran matahari. Pastika anda memakainya setiapkali keluar dari rumah.



Berikan Sedikit Warna Untuk Bibir Anda

(*)Kini Lip Balm tersedia dengan pelbagai warna pilihan. Ada warna merah, pink, ungu,biru dan sebagainya. Sungguhpun begitu, anda kena lebih bijak dalam membuat pilihan. Pastikan kandungannya ada Shea Butter, Jojoba Oil ataupun Mango Seed Butter yang mampu memberikan kelembapan ekstra buat bibir anda.


EmoticonEmoticon