BAHAN-BAHANNYA IALAH:
(*)3 cawan nasi putih
(*)1 cawan kimchi | dipotong halus
(*)2 biji bawang kecil
(*)2 ulas bawang putih
(*)1 sudu pes gochujang (pes cili Korea)
(*)1 cawan daging/ isi ayam/ sosej | dipotong dadu
(*)2 biji telur
(*)Sedikit minyak bijan
(*)Daun bawang
(*)Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAKNYA IALAH:
(*)1. Panaskan minyak bijan dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga harum. Kemudian masukkan daging/ isi ayam atau sosej. Kacau dan biarkan masak.
(*)2. Apabila daging sudah masak, masukkan kimchi. Gaul rata.
(*)3. Masukkan nasi dan biarkan ia masak sekata. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
(*)4. Akhir sekali barulah dimasukan pes gochujuang dan goreng seketika sehingga semua bahan sebati bersama.
(*)5. Goreng dua biji telur menjadi telur mata kerbau untuk dinikmati bersama nasi goreng kimchi. Hiaskan dengan daun bawang.
EmoticonEmoticon