Wednesday, 16 March 2016

Cara Mekap Simple Bagi Nampak Natural

Tags


Berikut adalah warna-warna pilihan untuk mekap natural yang telah disesuaikan dengan warna kulit anda bagi menciptakan kesan semulajadi pada solekan wajah:



1. Cara Mekap Natural Untuk Sawo Matang

(*)Bedak/Alas bedak/Bedak Tabur: Pastikan warnanya sama dengan warna kulit.

(*)Pemerah Pipi: Gunakan warna karamel yang akan menyegarkan wajah anda.

(*)Pembayang Mata: Aplikasikan warna-warna yang manarik seperti warna coklat atau oren.

(*)Lipstik: Pilihan warna pink atau coklat kerana ia akan membuatkan anda nampak lebih menyerlah. Warna nude akan lebih sof dan meninggalkan efek seperti bibir semulajadi.



2. Cara Mekap Natural Untuk Kulit Kuning Langsat

(*)Bedak/Alas Bedak/Bedak Tabur: Pilihlah yang warnanya sama dengan warna kulit Anda. Jika anda ingin kelihatan lebih putih, gunakan yang warnanya lebih cerah lagi.

(*)Pemerah Pipi: Pilih warna pink seperti baby pink.

(*)Pembayang Mata: Pilih yang warnanya senada dengan warna pada pemerah pipi.

(*)Lipstik: Warna peach sesuai digunakan kerana ia memberikan kesan natural seperti warna bibir semulajadi.



3. Cara Mekap Natural Untuk Kulit Berwarna Coklat

(*)Bedak/Alas Bedak/Bedak Tabur: Gunakan yang warnanya sesuai dengan warna kulit anda. Jangan campurkan dengan alas bedak lain yang warnanya lebih cerah.

(*)Pemerah Pipi: Pilih yang berwarna cerah seperti warna peach.

(*)Pembayang Mata Sesuaikan dengan pemerah pipi, pilihlah warna lembut.

(*)Lipstik: Memadai jika anda menggunakan lip gloss agar penampilan nampak lebih ringan dan bibir kelihatan mempesona.


EmoticonEmoticon