Wednesday, 16 March 2016

Resepi Kek Coklat Cheese Tanpa Bakar

Tags

 Bahan-Bahannya ialah:

Base –

(*)250g biskut digestive (biskut biasa pun boleh)
(*)2 tsp serbuk koko
(*)150g mentega ( cairkan)

Filling –

(*)1 tbs gelatin – pastikan halal (saya pakai jenama Nona)
(*)1/2 cawan air panas
(*)250 g cream cheese
(*)3/4 gula kastor
(*)1 lemon (perahkan)
(*)300ml whipping cream (pukul sampai soft peaks)
(*)175g dark chocolate (cairkan guna double boiling)

Hiasan –

(*)Chocolate Ganache – 200g dark chocolate dicairkan (guna kaedah double boiler dan campurkan dengan sedikit susu segar)
(*)Sedikit walnut
(*)Sedikit kepingan badam

Cara Membuatnya ialah:



(*)1. Base; Pecahkan-pecahkan biskut sampai halus atau guna food processor dan kisar, tambahkan serbuk koko dan gaulkan.

(*)2. Tambahkan mentega yang telah dicairkan dan gaul rata. Tekan adunan ke dalam loyang 9 1/2 inci springform dan sejukkan ke dalam peti sejuk sehingga filling siap.

(*)3. Filling; Sebatikan gelatin bersama dengan air panas. Ketepikan. Pukul cream cheese dan gula sehingga lembut dan berkilat, kemudian tambahkan jus lemon.

(*)4. Kemudian masukkan whipped cream dan guna kaedah kuak kaup dan kacau sehingga sebati. Masukkan sebatian gelatin tadi.

(*)5. Akhir sekali, masukkan dark chocolate yang telah dicairkan dan guna whisk untuk kacau hingga sebati.

(*)6. Masukkan filling ke dalam loyang berbase biskut tadi dan rehatkan dalam peti ais selama satu malam.

(*)9. Bila hendak dihidangkan, hiaskan kek dengan chocolate ganache dan taburkan kekacang yang disukai.


EmoticonEmoticon