Monday, 14 March 2016

Cara Betul Untuk kira Kitaran Haid

Tags


(*)Apa yang membuatkannya jadi begitu? Kitaran haid dan ovulasi merupakan faktor yang paling penting buat seorang wanita dan anda seharusnya lebih faham. Ini adalah kerana anda boleh merancang untuk hamil ataupun mencegah kehamilan.

(*)Jika anda merancang untuk hamil, sebelum itu anda harus memahami perubahan yang berkaitan dengan kitaran haid .

(*)Jom, kita belajar mengira kitaran haid normal. Semua ini penting, sebagai langkah berjaga-jaga dengan perubahan yang berlaku di dalam tubuh kita, misalnya haid atau menstruasi kita terlambat/terlalu cepat kerana stress atau kepenatan.

(*)Kita juga boleh mengenal pasti kedatangan PMS yang biasanya terjadi  beberapa hari sebelum haid. Sekurang-kurangnya kita sudah bersedia menghadapi ‘mood rollercoaster’ ketika PMS dan haid terjadi.

(*)Kitaran haid setiap wanita adalah tidak sama. Meskipun rata-rata sekitar 28 hari, tetapi ada juga yang 24 hari, 30 hari, atau bahkan 35 hari. Kitaran yang tidak teratur itu biasanya terjadi pada wanita  yang baru sahaja mengalami menstruasi. Tubuh kita memerlukan waktu untuk melakukan penyesuaian pada kebiasaan baru.

(*)Jadi, boleh sahaja kitaran haid kita adalah 28 hari selama tiga bulan, tetapi tiba-tiba berubah pada bulan berikutnya, atau malah tidak datang haid selama sebulan.

(*)Setelah beberapa tahun, kitaran ini akan menjadi semakin teratur.


(*)1.Kitaran  haid atau menstruasi seorang gadis atau wanita dikira mulai dari hari pertama haid, menstruasi atau datang bulan, sampai hari pertama menstruasi di bulan berikutnya.

Jadi, jika seseorang itu mengalami menstruasi pada  tanggal 2 Mei, lalu yang berikutnya pula jatuh pada 31 Mei, jadi kitaran menstruasinya itu berlangsung selama 31, ditolak dua hari, iaitu 29 hari.

Jadi, biasakan diri untuk menanda kalender pada tiap hari pertama menstruasi setiap bulan.


(*)2. Sepanjang tempoh haid, darah dan lapisan yang terbentuk pada dinding rahim mengalir keluar melalui vagina, termasuk juga sel telur yang mati kerana tidak dibuahi oleh sperma.

Ada yang hanya dua atau tiga hari, atau ada yang sampai lapan hari. Selagi masih di bawah 15 hari, ia masih di tahap  normal.

Banyaknya cairan darah yang terbuang juga berbeza pada setiap wanita. Meskipun kita suka ‘shock’ ketika melihat banyaknya darah yang keluar, tetapi itu sebenarnya adalah hal yang wajar dan tidak akan membuatkan kita menjadi anemia (kekurangan darah).


(*)3. Tepat pada hari terakhir menstruasi, tubuh kita akan melepaskan hormon yang terakhir memerintahkan rahim untuk menerima sel telur baru dari ‘ovarium’.

Rahim pun akan menyiapkan dengan kembali menebalkan dindingnya dengan darah dan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh sel telur agar boleh berkembang.

Proses ini berlangsung hingga ke hari yang ke- 14 (ingat, hari 1 adalah hari yang pertama menstruasi kita).

Tepat pada pertengahan kitaran (jika kitaran kita 30 hari, ini bermakna pada hari yang ke-15, bermulalah proses ovulasi.


(*)4. Ovulasi adalah pelepasan sel telur dari ‘ovarium’ ke rahim melalui saluran yang dipanggil  ‘tuba fallopi’.

Selama beberapa hari (biasanya sampai hari ke-21), sel telur akan melakukan perjalanan menuju rahim, sambil menanti dibuahi oleh sperma. Saat inilah yang dipanggil  sebagai masa subur.


Info Ekstra!

(*)Apa Akan Jadi Pada Tubuh Sebelum & Selepas  Haid?

(*)Beberapa hari menjelang menstruasi, bukan hanya fizikal malah keadaan psikologi anda juga turut mengalami gangguan.

(*)Anda tiba-tiba boleh menjadi pemarah, lebih sensitif serta mudah tersinggung. ‘Derita’ ini ternyata belum berakhir. Selama menstruasi berlaku anda masih merasakan hal-hal yang tidak menyenangkan seperti rasa sakit perut, kejang otot atau sakit kepala berpanjangan.

(*)Atasinya Dengan Cara Paling Mudah!

(*)Menstruasi hari 1 – 5

(*)Mungkin anda merasakan seperti ada bengkak pada perut bahagian bawah, sakit kepala yang disertai dengan rasa kejang otot di sekitar perut.

(*)Pada hari pertama hingga ke lima menstruasi, kadar estrogen dan progesteron yang rendah menimbulkan kelenjar ‘pituitary’ untuk melepas Follicle Stimulating Hormone (FSH) agar segera bekerja untuk mematangkan sel telur berikutnya dan menyiapkan lapisan pelindung dalam rahim.

(*)1.Hindari aktiviti fizikal yang berat . Dapatkan rehat yang secukupnya kerana gejala pra-menstruasi boleh menyebabkan penat fizikal dan psikologi.

(*)2. Minumlah minuman yang panas seperti air halia atau teh dengan daun pudina.

(*)3. Ambil vitamin E atau vitamin B6 untuk meredakan gejala PMS

(*)4. Lakukan yoga atau meditasi untuk menstabilkan emosi anda yang tidak menentu itu.


EmoticonEmoticon