BAHAN-BAHANNYA IALAH:
(*)8 ekor sotong
(*)3 biji bawang merah
(*)1 ulas bawang putih
(*)1 sudu besar sos tomato
(*)2 biji tomato
(*)2 biji cili merah dan hijau
(*)1/2 cawan santan pekat COCOMAS
(*)1 cawan air
(*)Serbuk lada hitam secukupnya
(*)Bunga lawang, kulit kayu manis dan bunga cengkih secukupnya
(*)Garam dan gula secukup rasa
BAHAN-BAHAN TUMIS ( DIKISAR):
(*)1 hiris halia
(*)2 batang serai
(*)1 paket serbuk kari ikan
(*)1 sudu besar cili boh
CARA MEMASAKNYA IALAH:
(*)1. Panaskan minyak masak dan tumis bunga lawang, kayu manis serta bunga cengkih hingga wangi.
(*)2. Kemudian masukkan bahan tumis dan tumis hingga naik bau.
(*)3. Masukkan sotong bersama air. Masak selama 4 minit.
(*)4. Kemudian masukkan sos tomato, buah tomato, cili hijau dan merah yang telah dihiris. Gaul rata.
(*)5. Masukkan santan pekat dan kacau sebati dan perasakan dengan garam, gula dan serbuk lada hitam secukup rasa.
(*)6. Sedia untuk dinikmati.
EmoticonEmoticon