Monday 14 March 2016

Cara Berpantang Buat Wanita Lepas Bersalin

Tags


1. Urutan badan

(*)Wanita baru bersalin digalakkan berurut sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut. Ia bertujuan membantu dari segi melancarkan perjalanan darah, memecahkan lemak serta menegang dan membentuk tubuh untuk membantu si ibu kembali kepada bentuk badan asal serta mempercepatkan proses pemulihan badan.



2. Mandian herba

(*)Mandian air rebusan herba, akar kayu dan rempah membantu untuk mengembalikan tenaga, mengeluarkan angin, menghapuskan bau daripada darah nifas dan rembesan lain.



3. Bertungku

(*)Ia bertujuan mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku. Darah dan lendir perlu mengalir keluar sepanjang tempoh berpantang 44 hari mengikut kepercayaan masyarakat Melayu.

(*)Tujuan bertungku untuk memastikan semua kotoran dan toksin dikeluarkan daripada badan. Bertungku juga membantu memecahkan lemak, mengecutkan rahim dan organ yang bengkak akibat bersalin serta mengembalikan tubuh kepada keadaan asal.

(*)Tungku dibakar dan dibalut dengan daun serai, lengkuas dan pandan kemudian dilapis dengan kain. Bertungku perlu dilakukan selama sejam, tetapi jika masa tidak mengizinkan, lakukannya sekurang-kurangnya setengah jam. Selain perut, pastikan proses ini dilakukan pada bahagian paha.



4. Amalan berbengkung

(*)Amalan berbengkung boleh membantu mengempiskan perut dan mengurangkan berat badan supaya kembali kepada bentuk asal.

(*)Ia juga mengetatkan perut dan otot yang longgar sepanjang kehamilan, menggalakkan postur tubuh yang baik agar membantu penyusuan bayi, memecahkan lemak dan selulit serta mencegah daripada makan berlebihan.

(*)Pemakaian stokin tebal turut memainkan peranan supaya badan anda tidak masuk angin, selain itu juga ia mengekalkan awet muda.



5. Makan Jamu

(*)Jamu antara aspek penting dalam amalan berpantang kerana dipercayai boleh membantu ibu mengembalikan semula tenaga dan menyembuhkan badan selepas proses kehamilan dan melahirkan anak.

(*)Ia juga membantu untuk mengembalikan tenaga, memanaskan badan serta mengeluarkan lemak dan toksin serta membantu mengecutkan peranakan, otot dan urat yang bengkak, mengurangkan air berlebihan dalam badan, mengeluarkan angin serta mengempiskan perut.


EmoticonEmoticon