Sunday, 13 March 2016

Resepi Kuih Seri Muka Pandan Sedap

Tags



BAHAN-BAHANNYA IALAH:-

(*)300gm beras pulut
(*)400ml santan pekat
(*)10 helai daun pandan | diracik
(*)4 biji kuning telur
(*)100gm tepung jagung
(*)200gm gula
(*)½ sudu esen vanila
(*)Garam secukup rasa


CARA MEMASAKNYA IALAH:

(*)1.Panaskan pengukus yang berisi air, masukkan pulut, garam dan sebahagian santan ke dalam loyang. Kukus pulut sehingga masak.

(*)2.Keluarkan loyang dan tekan pulut sehingga padat dan kedap. Kukus lagi buat seketika.

(*)3.Sementara itu, masukkan bahan-bahan lain dan daun pandan yang diracik ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus.

(*)4.Tapiskan adunan yang dikisar dan tuang di atas pulut. Kukus lagi selam 25 minit.

(*)5.Keluarkan loyang dan sejukkan kuih sebelum dipotong. Sedia untuk dihidangkan


EmoticonEmoticon