Friday, 11 March 2016

Anda Mahu Jadi Kaya? Baca Tips Untuk Jadi Kaya

Tags


1.Menabung

(*)Simpan sekurang-kurangnya 1/3 pendapatan yang diperoleh setiap bulan dari duit gaji tetapi janganlah pula simpan di tangan anda. Kalau tidak sekejap saja duit simpanan anda itu habis digunakan. Anda bolehlah menyimpannya di bank. Oleh itu,pastikan anda mempunyai dua bank,satu bank untuk gaji masuk dan satu lagi untuk simpanan.



2.Melabur Duit

(*)Labur duit di Amanah Saham Nasional Berhad (ASB) untuk dapat dividen. Selain ASB, pelaburan dalam emas dan hartanah juga boleh bagi keuntungan yang tinggi. Pelaburan yang menguntungkan ini dapat memberi anda duit yang lebih dan sekiranya anda pandai memilih pelaburan,tak mustahil anda bakal menjadi kaya raya. Namun, pastikan anda tidak terjebak dengan tawaran sindiket jutawan segera tau…



3.“Part-time”

(*)Sekiranya anda rajin dan mempunyai masa lapang,anda bolehlah membuat kerja ‘part time” seperti menjual baju, ‘cupcake’ dan sebagainya., Sekurang-kurangnya setiap bulan masuk juga duit dalam bank anda.



4. Keberkatan Bersedekah

(*)Ada beberapa rahsia untuk menjadi kaya tanpa kita duga. Banyakkan bersedekah kerana bersedekah akan mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah membukakan pintu rezeki.



5.Suka Berniaga

(*)Hampir kesemua orang kaya memiliki perniagaan sendiri kecuali mereka yang mewarisi kekayaan keluarga. Dalam sejarah, hampir tidak pernah berlaku orang makan gaji menjadi kaya raya. Jadi, jika mahu menjadi kaya, anda perlu memulakan perniagaan sendiri. Biasanya golongan kaya ini juga akan melakukan multi-tasking dalam kehidupan sehariannya, maksudnya melakukan lebih daripada satu kerja pada satu masa!



6.Berpandangan Jauh & Ada Visi Serta Misi

(*)Anda perlulah menetapkan matlamat hidup, tidak kira sama ada matlamat jangka panjang dan jangka pendek. Setkan minda anda bahawa kekayaan bukanlah sesuatu yang perlu ditunggu atau diberikan oleh pihak lain, tetapi diraih dengan perancangan yang baik.



Info Ekstra!

Rezeki Yang Berkat

(*)Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta atau rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.



Kesimpulan

(*)Kita kena ingat, bukan senang mahu senang. Juga bukan susah mahu susah. Itulah lumrah kehidupan. Tak salah mengejar kekayaan, tapi jangan sampai lupa diri! Teruskan berusaha dan jangan mudah berputus asa jika mahu mencapai impian anda untuk bergelar orang kaya!


EmoticonEmoticon