Thursday, 10 March 2016

Resepi Daging Lada Hitam Merecik

Tags


BAHAN-BAHANNYA IALAH:

Bahan-bahan Perapan:

(*)½ kilo daging | dipotong nipis
(*)1 sudu teh lada hitam | ditumbuk kasar
(*)3 biji bawang merah | dikisar
(*)2 ulas bawang putih | dikisar
(*)Sedikit halia | dikisar
(*)Garam dan gula secukupnya
(*)Sedikit cuka

Bahan-bahan Tumis:

(*)1 inci halia | dihiris nipis
(*)1 biji bawang besar | dipotong bulat
(*)1 biji lada benggala | dipotong
(*)1 batang lobak merah | dipotong memanjang
(*)1-2 sudu teh sos lada hitam
(*)1 sudu besar kicap manis
(*)1 sudu besar tepung jagung | dibancuh dengan sedikit air
(*)Sedikit minyak

CARA MEMASAKNYA IALAH:

(*)1.Gaulkan semua bahan pada daging dan perap seketika.
(*)2. Kemudian panaskan minyak dan tumis halia dan lobak merak. Kemudian masukkan daging dan goreng sehingga daging empuk.
(*)3. Masukkan sos lada hitam, sos tiram dan kicap.
(*)4. Apabila sudah masak semuanya, masukkan lada benggala serta bawang besar.
(*)5. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung.


EmoticonEmoticon