1. [@]Berpantang biar serius
(#)Selepas bersalin, ramai wanita mengeluh mengalami masalah berat badan dan isi menggeleber. Jangan risau, gunakan tempoh berpantang untuk merawat masalah dalaman dan mencantikkan kembali bentuk fizikal anda. Sapukan pati halia atau minyak panas pada bahagian tubuh yang bermasalah seperti perut, paha dan punggung. Pakai bengkung untuk membantu mengembalikan kelangsingan tubuh. Agak tak selesa tapi kalau anda rajin pakai bengkung, lemak yang ada cepat terbakar dan berat badan pun turun secara berperingkat.
2. [@]Postur yang betul
(#)Wanita, jangan sesekali membongkokkan badan kerana ini akan menyebabkan tubuh kelihatan bongkok selain menyebabkan lemak mudah berkumpul di bahagian perut. Cara yang betul akan membantu mencantikkan bentuk badan anda. Mulai hari ini ubah cara anda berjalan, duduk dan berdiri. Ingat, tegakkan badan!
3. [@]Pakai korset
(#)Mungkin tubuh kurus tapi ada masalah perut buncit. Gunakan korset atau pakaian dalam yang membantu membentuk tubuh agar lebih menarik. Ini bagi menyokong bahagian tubuh khususnya payudara dan punggung agar berada dalam ‘acuan’. Cara ini juga membuatkan tubuh berbentuk dan mengelakkan anda makan dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa.
4. [@]Kena makan suplement tambahan
(#)Anda boleh pilih sama ada mengambil jamu, herba mahupun suplemen moden. Ini bukan sahaja membantu memulihkan kesihatan dan menjaga kecantikan dalaman, tapi mujarab untuk menurunkan berat badan. Ramuan herba dapat menjadikan tubuh langsing dan bahagian intim anjal serta lebih menarik.
5. [@]Buang jauh-jauh amalan buruk
(#)Jangan makan lewat malam kerana tubuh akan mudah naik kerana pada waktu ini tiada aktiviti fizikal yang dapat membantu membakar kalori. Tolong elakkan minum air bersulam makanan kerana ini cara paling senang buat perut buncit. Nak tubuh cergas dan segar, elakkan tidur siang terutama selepas Asar. Amalan ini menyebabkan tubuh lemah, berat badan mudah naik dan wajah menjadi lesu.
EmoticonEmoticon