Bahan-Bahan yang perlu anda sediakan ialah:-
Bahan-bahan untuk Inti –
(^^)3 biji apple merah – potong dadu kecil
(^^)1/3 cawan gula
(^^)1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
(^^)1 sudu besar perahan jus lemon
(^^)1 sudu kecil tepung jagung dicampur dengan 1 sudu besar air
(^^)kismis (optional)
Bahan-bahan untuk Kulit –
(^^)2 cawan tepung gandum
(^^)1 sdk garam
(^^)1/2 cawan butter – beku (sejuk)
(^^)1/2 cawan susu segar sejuk
Cara-cara untuk Membuatnya ialah:-
1. (^^)Buat intinya. Dalam periuk, campurkan apple, gula dan serbuk kayu manis. Gaul sebati atas api yang kecil.
2. (^^)Gaul sebati. Masukkan pula bancuhan tepung jagung. apabila sudah masak, inti dah pun pekat, tutup api dan ketepikan.
3. (^^)Buat kulit pai. Ayak tepung dan garam. Masukkan butter dan gaul menjadi seperti serbuk roti.
4. (^^)Masukkan susu sedikit demi sedikit. Adunan ini seharusnya lembut tetapi sedikit liat. Canai doh dan terap mengikut size yang dikehendaki (pakai acuan karipap pon boleh)
5. (^^)Masukkan inti di permukaan kepingan pastri dan lekatkan kepingan yang lain pada kepingan tersebut. Tekan keseluruhan bahagian tepi pastri. Lebih mudah, tekan dengan garfu.
6. (^^)Goreng menggunakan api sederhana sehingga keperangan/keemasan. Hidangkan.
EmoticonEmoticon