Tuesday 3 January 2017

Banduan Lari Dari Penjara Sempat Memuat Naik Gambar Di Laman Sosial Dengan Caption " AKU SEDANG MELARIKAN DIRI DARI PENJARA "


[:] BRAZIL. Seorang banduan yg melarikan diri dari penjara di bandar utara Manaus sempat memuat naik di Facebook gambar dirinya berswafoto menyatakan dia sedang melarikan diri dari penjara.

[:] Gambar tersebut menunjukkan, Brayan Bremer yang dikenakan hukuman penjara kerana merompak dapat dilihat berada di kawasan semak dan sempat menunjukkan tanda bagus.

[:] "Melarikan diri dari penjara," tulisnya pada gambar tersebut.

[:] Di belakangnya turut kelihatan seorang lagi banduan yang menurut polis telah ditahan semula.

[:] Selain itu, Brayan turut memuat naik gambarnya bersama empat banduan yang lain di lokasi sama sedang menikmati buah.

[:] Brayan adalah 72 banduan yang melarikan diri dari penjara Antonio Trindade, utara negeri, Amazonas.

[:] Sementara itu, 112 banduan yang lain turut terlepas dari penjara Anisio Jobim selepas berlakunya rusuhan yang menyebabkan 56 maut.

[:] Brayan antara banduan yang aktif di Facebook semasa masih berada di penjara walaupun pengharaman ke atas banduan menggunakan internet.

[:] Foto-foto yang dimuat naik lelaki itu mula tular di Brazil.

[:] Walaupun akaun Facebooknya telah dipadam, namun beberapa akaun lain yang menggunakan namanya muncul seperti @fugitivodoano (@FugitiveOfTheYear).

[:] Gambarnya bersama banduan yang lain turut di sunting sebagai hero dalam beberapa filem berkaitan penjara seperti The Shawshank Redemption,  siri TV Prison Break dan banyak lagi.

[:] Dalam pada itu, polis berkata, usaha menjejaki banduan yang hilang tetap diteruskan dan berjaya menahan kembali 40 banduan setakat ini.

Sumber : SINAR HARIAN


EmoticonEmoticon