Tuesday, 3 January 2017

Ustaz Jin Menawarkan Perkhidmatan Perubatan Alternatif Percuma Secara Terbuka Kepada Orang Ramai


[:] SEMABOK -  Setelah 27 tahun, seorang pengamal perubatan Islam yang lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Jin kini kembali menawarkan perkhidmatan perubatan alternatif percuma secara terbuka kepada orang ramai di negeri ini, pada 7 hingga 9 Januari ini.

[:] Ustaz Jin atau nama sebenarnya Norazman Al-Banjary, 45, berkata, niatnya menawarkan perubatan alternatif percuma hanyalah semata-mata mahu memberikan pertolongan kepada masyarakat memerlukan, tak lebih dari itu.

[:] “Saya akan buat rawatan di sebuah inap desa di Peringgit, berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Peringgit selama tiga hari sahaja. Semuanya adalah inisiatif saya sendiri untuk memberikan pertolongan buat orang ramai.

[:] Jadi, sesiapa yang mempunyai masalah yang berkaitan datanglah berjumpa saya. Insya-ALLAH saya sama membantu dengan izin-Nya. Kita bermula dari jam 10 pagi hingga 12 tengah malam,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini semalam.

[:] Norazman berkata, dia hanya menggunakan bacaan suci al-Quran untuk merawat pesakit yang mengalami masalah gangguan jin terutama saka dan sihir.

[:] “Alhamdulillah sambutan semasa saya di Terengganu sangat menggalakkan. Saya terpaksa buat rawatan hingga ke subuh disebabkan orang terlalu ramai, lebih 400 sehari.

[:] “Jadi, bila buat di kampung sendiri saya harap ia dapat membantu orang di sini dan juga di mana-mana tempat yang tidak berkesempatan mendapatkan rawatan dengan saya,” katanya yang akan meneruskan rawatan di Kuala Nerus, Terengganu pada 20 Januari hingga 16 Februari dengan kerjasama belia dan NGO di sana.

Sumber SINAR HARIAN


EmoticonEmoticon