Wednesday 24 August 2016

Punca dan Rawatan Gigi Tidak Teratur

Tags


(**)Senyuman sempurna adalah aset penyeri wajah. Bertuahlah jika anda dilahirkan dengan barisan gigi tersusun sempurna. Namun, bagi yang sebaliknya tentu tercari-cari jalan agar impian memiliki gigi tersusun sempurna tercapai.

Punca gigi tidak teratur:

(**)Rahang kecil dan mempunyai gigi yang besar atau sebaliknya.
(**)Boleh juga diwarisi secara genetik. Anak berkemungkinan mewarisinya jika ibu bapa mempunyai gigi berlapis atau ketiadaan beberapa gigi kekal.
(**)Rahang atas dan bawah berlainan saiz.
(**)Tabiat menghisap jari atau puting secara kronik ketika bayi.
(**)Masalah bibir seperti sumbing.
(**)Gigi susu tidak dicabut apabila sudah sampai masa dan gigi kekal tumbuh di luar kawasan sepatutnya.

Rawatan alternatif

(**)Gigi yang tidak teratur boleh dirawat dengan pemakaian pendakap gigi atau dikenali sebagai rawatan ortodontik. Wayar yang diperbuat daripada keluli tahan karat dan pendakap khas digunakan untuk menggerakkan gigi ke kedudukan yang betul.


Bagaimana ia dirawat?

(**)Beberapa gigi kekal perlu dicabut untuk memberi ruang merawat gigi berlapis. Jika perlu, pembedahan rahang dilakukan jika masalah rahang kronik seperti rahang yang terlalu kecil atau besar. Ia dilakukan dalam tempoh pemakaian pendakap gigi.
(**)Kebiasaannya, pendakap gigi dipakai satu tahun setengah sehingga 3 tahun atau lebih, bergantung betapa seriusnya masalah gigi dan rahang. Selepas itu, pesakit perlu memakai retainer selama enam bulan selepas pendakap ditanggalkan untuk mengekalkan kedudukannya.


Bagaimana pula dengan masalah gigi tidak teratur yang minimum?

(**)Tiada gigi atau gigi berlapis yang tidak ketara membolehkan anda mendapatkan tiga jenis rawatan kekal iaitu:

(**)Veneer
(**)Cangkerang nipis yang dibuat daripada seramik, dan menyerupai warna gigi. Permukaan gigi dihakis sedikit untuk memberi ruang meletakkan veneer.
(**)Crown
(**)Atau ‘cap’ boleh digunakan jika gigi berlapis sederhana teruk. Boleh juga untuk rawatan bagi warna gigi terlalu gelap, banyak tampalan dan juga selepas gigi mendapatkan rawatan akar.
(**)Bridge
(**)Ketiadaan gigi kekal dan gigi jarang, rawatan ortodontik akan dimulakan dahulu bagi menyediakan ruang untuk meletakkan gigi palsu kekal. Gigi bersebelahan dipotong untuk meletakkan crown dan gigi palsu.


EmoticonEmoticon