Wednesday 24 August 2016

Mengapa Wanita Hamil Berseri-seri?

Tags


(**)Selain perubahan fizikal badan yang semakin besar dan sakit belakang yang menjadi-jadi sehingga sukar tidur, kesan kehamilan pada kecantikan juga punya impak! Sebab itu adanya terma ‘pregnancy glow’.

(**)5 perubahan positif pada diri ketika hamil yang membuatkan anda pasti tidak sabar untuk menjadi ‘mommy to be’.

Kulit cerah dan berseri
(**)Walaupun anda tidak sedar, namun pasti ada rakan-rakan yang menegur wajah anda tampak lebih cerah. Perubahan hormon adalah antara punca kulit menjadi lebih cerah, namun peningkatan darah dalam badan anda juga menjadikan kulit anda lebih sihat lantas tampak lebih cerah dan berseri.

Kulit lebih licin
(**)Untuk trimester pertama mungkin anda terkejut apabila selama ini tidak mempunyai jerawat tiba-tiba tumbuh bagai cendawan. Yang sudah sedia mempunyai kulit berjerawat pula makin menjadi-jadi pula. Tapi cuba lihat pada trimester kedua, kulit anda sedikit demi sedikit menjadi licin, di pertengahan trimester kedua ajaibnya kulit tampil mulus dan lebih licin!

Kuku lebih cepat tumbuh dan tampak sihat
(**)Apabila anda memotong kuku hari ini tiba-tiba tiga hari kemudian kuku sudah pun mulai tumbuh panjang daripada kebiasaan? Itu perkara biasa, mungkin agak menjengkelkan, tapi berita baiknya kuku yang tumbuh tampak lebih sihat malah lebih berkilat.

Rambut Berkilat
(**)Kalau dulu nak nampak rambut berkilat mesti kena pakai serum rambut atau minyak. Tapi bila dah hamil di trimester kedua anda akan nampak perbezaan rambut anda yang tiba-tiba tampak berkilat dan lebih terurus. Sekali lagi terima kasih kepada hormon, tapi pada masa yang sama perlu dipersalahkan juga kerana tiba di hujung kehamilan rambut akan mulai gugur!

Buah dada besar dan pejal
(**)Normal untuk anda di saat kehamilan, saiz buah dada anda akan membesar. Ada yang sedih kerana perlu membuang coli lama yang fancy tapi majoritinya pasti gembira kerana inilah alasan anda untuk membeli-belah coli baru yang satu atau dua saiz lebih besar! Dan berita baik juga untuk suami, kerana percaya atau tidak sebaik anda hamil, perubahan bentuk badan dan payudara akan membuat si dia lebih teruja! Jadi betullah orang kata ‘pregnant women are the sexiest.’


EmoticonEmoticon