Thursday 26 May 2016

NAK CANTIK DARI HUJUNG RAMBUT SAMPAI HUJUNG KAKI? MEH GUNA KAYU MANIS JE!

Tags


(**)Aroma manis dan pedas dari kayu manis adalah kegemaran para pencinta herba. Lebih-lebih lagi buat mereka yang tinggal di kawasan yang mempunyai musim sejuk.

(**)Selain daripada menjadi ramuan utama bagi membuat pastri dan menjadikan kopi latte lebih enak, kayu manis juga mempunyai manfaat yang berkesan untuk merawat wajah, rambut serta kulit manusia.

(**)#1 Jerawat

(**)Kayu Manis amat berkesan untuk melawan masalah jerawat. Ia turut boleh ditemukan di dalam kebanyakkan topeng muka sebagai ramuan yang boleh bantu menghalang kemunculan jerawat. “Kayu manis bertindak untuk membunuh kuman jerawat pada permukaan kulit serta membersihkan kulit”, jelas Dr Peredo, ahli dermatologi antarabangsa.

(**)Anda boleh buat campuran mask dan skrub muka sendiri menggunakan serbuk kayu manis untuk menghalang kemunculan kuman punca kerawat pada wajahh dan badan.

(**)#2 Pembersih Luka

(**)Jika anda terhiris jari atau ada mana-mana bahagian badan anda yang terluka, anda mungkin boleh gunakan kayu manis sebagai antiseptik. Tetapi jaga-jaga supaya anda tidak sapukan terlalu banyak kerana ianya bisa menyengat dan sedikit memedihkan.

(**)Kayu manis adalah sejenis antimikrob semula jadi yang membisakan anda menaburnya di bahagian calar dan luka kecil untuk mempercepat proses penyembuhan.

(**)Hanya perlu bersihkan luka dengan air suam terlebih dahulu, lap sehingga kering dan taburkan serbuk kayu manis di atas permukaan yang luka atau calar itu tadi.

(**)#3 Menjadikan Bibir Lebih Mungil

(**)Campurkan sedikit minyak zaitun bersama serbuk kayu manis untuk disapu ke atas permukaan bibir. Jika anda mahukan bibir yang kelihatan tebal, anda boleh gunakan cara ini.

(**)Dalam masa yang sama, anda juga boleh gunakan campuran itu tadi untuk disapu ke atas sekitar kawasan kulit yang mempunyai kedutan halus untuk menghilangkan kedutan tersebut.

(**)#4 Melambatkan Penuaan

(**)Ekstrak kayu manis mampu melambatkan proses penuaan seperti kemunculan kedutan serta keterjejasan yang disebabkan faktor matahari.

(**)#5 Menguruskan Berat Badan

(**)Susah untuk percaya tetapi ianya benar. Pakar Dr Rebecca Booth berkata, mengambil 1 gram serbuk kayu manis setiap hari telah menunjukan penemuan yang paling mengejutkan di mana ia boleh bantu mengawal kadar gula dalam darah serta menurunkan kadara kolesterol.

(**)Doktor itu menyarankan supaya anda menikmati coklat gelap setiap hari yang ditabur dengan serbuk kayu manis. Ini secara tidak langsung bisa mengaktifkan metabolisma karbohidrat dalam badan.

(**)#6 Meningkatkan Kesihatan

(**)Kayu Manis berkesan untuk membuang toksin dari badan, malah memperbaiki sistem imunisasi dalam badan. Ia juga disyorkan kepada pesakit tekanan darah rendah dan tekanan darah tinggi.

(**)Anda boleh celupkan kayu manis atau taburkan serbuknya ke dalam air minuman teh mahupun kopi atau boleh juga digunakan sebagai ramuan perasa dalam masakan.

(**)#7 Pulihkan Nafas Berbau

(**)Kita tahu, kayu manis sememangnya ramuan yang enak. Ia juga merupakan ramuan yang sangat ‘kuat’ dalam masa yang sama. Jadi, jika anda rasa nafas anda berbau dan kurang menyenangkan orang yang berada disekeliling anda, anda hanya perlu kunyah bantang kayu manis tersebut.

(**)Mungkin rasanya sedikit pahit dan aromanya keterlaluan, tetapi percayalah, ianya penawar yang paling mujarab dan berkesan untuk menangani masalah mulut berbau.

(**)P/s: Tiada ubat yang sedap di dunia ini.

(**)#8 Merangsang Pertumbuhan Rambut

(**)Seperti juga ia berkesan untuk merangsang bibir anda untuk menjadi lebih mungil dan menghilangkan kedutan halus di wajah, ia turut boleh merangsang kesihatan kulit kepala anda!

(**)Cuba sapukan mask rambut yang dibancuh menggunakan serbuk kayu manis setiap minggu. Anda boleh campurkan ia bersama dengan madu, minyak zaitun dan minyak kelapa. Urut pada permukaan kulit kepala dan jika ia menyengat dan terasa pedih, bermakna petua ini berkesan dan lihatlah hasilnya nanti!

(**)Selamat Mencuba!


EmoticonEmoticon