Thursday 26 May 2016

MASUK KE DUNIA FANTASI YANG AJAIB CUTI SEKOLAH INI DI SUNWAY LAGOON!

Tags


(**)Sunway Lagoon telah siap sedia untuk membuka dunia keseronokannya yang hebat untuk anda sekeluarga bersempena musim cuti sekolah ini. Alami keajaiban untuk bersua dengan pari-pari, variasi karakter fantasi, serta menyertai pelbagai aktiviti hebat yang belum pernah anda lakukan sebelum ini!

(**)Anda tentu tertekan dek kerana terhimpit dengan jadual kerja yang ketat, buntu dengan segala macam tugasan yang harus disiapkan sebelum tarikh tamat, peperiksaan, kelas tuisyen dan sebagainya. Jadi apa kata, ambil masa cuti ini untuk berehat, berseronok sambil melepaskan tekanan yang ada dengan menikmati lebih 90 jenis tunggangan serta bermacam lagi tarikan yang ada.

(**)Yup! Sunway Lagoon ada menawarkan pakej terbaik yang berbaloi untuk seisi keluarga! Antaranya, pakej FamFUN (RM390) yang merangkumi tiket untuk 2 Dewasa dan 2 Kanak-Kanak, manakala 4-To-Go (RM456) yang terdiri dari 4 pas masuk untuk Dewasa.

(**)Berlangsung dari 28 Mei hingga 12 Jun 2016, pengunjung berpeluang mengembara ke alam fantasi yang penuh magikal -melihat pertunjukan pari-pari, pesta jalanan kunang-kunang serta membuat lukisan muka. Bahkan, kanak-kanak yang sentiasa mempunyai impian untuk menjadi pari-pari juga bisa membuat sayap mereka sendiri pada sesi Kids Fairy Wings DIY!

(**)Bukan itu sahaja, jangan jetinggalan untuk bertemu karakter animasi Nickelodeon kegemaran ramai termasuk SongeBob Squarepants, Patrick Star, Dora the Explorer, Boots serta Teenage Mutant Ninja Turtles semasa menjelajah ke taman tema Nickelodeon yang pertama di Asia.

(**)Bermain air di SpongeBob Splash Adventure, menaiki tunggangan, bertemu mesra karakter animasi secara langsung, menyusur hutan buatan di samping bunyi-bunyian alam semula jadi yang menasyikan di Primeval, semua yang anda mahukan ada di Sunway Lagoon! Anda dan keluarga pasti berpuas hati!

(**)Terokai Best Day Ever di taman tema terkemuka ini bersama keluarga dan rakan tercinta sepanjang cuti sekolah annti dari 28 Mei hingga 12 Jun dan 10 hingga 18 September 2016. Kesemua harga yang ditawarkan adalah termasuk GST.


EmoticonEmoticon