Thursday 26 May 2016

INFO! INI APA YANG PERLU ANDA LAKUKAN JIKA KERETA TERPERANGKAP DALAM BANJIR

Tags


(**)Seperti yang kita semua sedia maklum, empat buah jalan utama Kuala Lumpur dilanda banjir kilat teruk tempoh hari sehingga menyebabkan banyak kenderaan terperangkap di tengah jalan raya yang dipenuhi air paras separuh kereta. Empat kawasan yang terlibat adalah Jalan Bangsar, Jalan Semantan, Jalan Pantai Baharu dan Jalan Pudu.

(**)Hujan lebat di ibu negara yang turun sejak jam 7 malam tempoh hari

(**)Kita tidak tahu apa yang akan berlaku, sebaliknya harus bersiap sedia dan ambil pusing tentang info penting ini.

(**)Jadi, apa yang harus anda lakukan jika kereta terperangkap dalam banjir selepas ini?



(**)#1 Jangan Cuba Untuk Hidupkan Kereta

(**)Jika kereta tenggelam, anda akan panik dan seboleh-bolehnya ingin cuba menghidupkan enjin. Tetapi, JANGAN! Kerana ia bakal merosakkan lagi kondisi enjin yang sedang ditenggelami air itu. Awas!



(**)#2 Cuba Agak Paras Air

(**)Jika anda baru turun dari pejabat mahupun keluar dari pasaraya dan perasan yang kereta anda telah ditenggelami air, cuba agak dan lihat ketinggian paras air.

(**)Jika paras air masih berada rendah pada paras setengah pintu kereta, ianya masih selamat untuk anda menghidupkan enjin dan terus memandu.



(**)#3 Periksa Minyak Serta Kipas Enjin

(**)Jika air termasuk ke dalam minyak dan kipas enjin, anda sebaiknya harus mengelak untuk menghidupkan enjin. Lekas memanggil “tow truck” untuk bawa kenderaan anda ke bengkel berdekatan.



(**)#4 Periksa Bahagian Enjin Kenderaan Secara Terperinci

(**)Air berlumpur bisa sahaja masuk ke dalam kawasan enjin utama seperti power steering, brek, clutch dan takungan penyejuk (coolant reservoirs). Periksa jika air banjir tersebut telah menyelinap masuk ke kawasan enjin kereta sehingga menyebabkan kereta rosak.



(**)#5 Keringkan Bahagian Dalam Kereta

(**)Buka pintu kereta seluas-luasnya supaya ia boleh kering dengan sempurna selepas banjir tadi.

(**)Air berlumpur mungkin akan meninggalkan kesan kotoran pada bahagian kereta yang berfabrik selama berbulan-bulan jadi, anda harus alihkan karpet dan tempat duduk keluar dari badan kereta supaya ia boleh dicuci dengan bersih oleh servis cucian di bengkel.



(**)#6 Ada Insuran Banjir Tak?

(**)Lazimnya, polisi insuran kenderaan tidak akan memberi perlindungan terhadap keterjejasan yang disebabkan oleh banjir.

(**)Namun, cubalah semak kalau-kalau polisi insuran kenderaan yang anda langgan itu merangkumi perlindungan banjir. SELAMAT kalau ada!



(**)Hati-hati di jalan raya semuanya! menyebabkan sekurang-kurangnya 10 buah kenderaan yang melalui jalan berkenaan tenggelam. Ramai yang beranggapan ini sesuatu yang luar biasa dan ada juga yang tidak tahu hendak bertindak bagaimana. Jika tersilap langkah, kenderaan yang ditenggelami air berlumpur itu pastinya berisiko untuk rosak.


EmoticonEmoticon