Thursday 26 May 2016

MAHU TUBUH LANGSING & KULIT CERAH? MINUM INI SAHAJA!

Tags


(**)Setiap orang ingin memiliki tubuh langsing dan kulit cerah. Nak dapat kedua perkara ini, sebenarnya sangat mudah. Anda tidak perlu mengambil ubat pelangsing ataupun suntikan vitamin C untuk mendapatkan semua itu, memadai hanya mengikut petua ini.

(**)Anda sebenarnya boleh mendapatkan tubuh langsing sekaligus kulit cerah dalam masa beberapa hari dengan minum minuman detox yang dibuat dari madu, halis dan lemon. Mudahkan?

(**)Kajian menunjukkan nutrisi yang terkandung di dalam madu dipercayai boleh membantu melunturkan lemak dalam tubuh sekaligus menambahkan tenaga.

(**)Sementara halia pula, nutrisi yang terkandung di dalamnya boleh membuat badan sentiasa sihat dan sebagai antioksidan yang baik. Malah, ianya dipercayai mampu membuat saluran pencernaan sihat dan jauh dari pelbagai risiko kesihatan sepanjang program diet dan detox berjalan.

(**)Bagi lemon pula, kandungan vitamin C di dalamnya boleh mencerahkan kulit dari dalam. Nutrisi dari buah lemon juga dikatakan mampu untuk melunturkan lemak dalam tubuh.

(**)Untuk membuat minuman detox dari madu, halia dan lemon, anda hanya perlu menyediakan air panas, halia dan dimasukkan ke dalamnya. Tambahkan hirisan lemon dan madu secukupnya, kacau dan minum selagi masih hangat.

(**)Minum minuman sihat ini secara teratur dipercayai boleh membantu melangsingkan badan dan mencerahkan kulit dengan mudah. Untuk hasil yang maksimum, minuman ini sebaiknya diminum semasa pagi selepas bangun tidur dan malam hari sebelum tidur.

(**)Walaubagaimanapun, perlu diingat, anda perlu imbangi dengan pola makan yang sihat, rehat secukup juga senaman untuk mendapatkan hasil yang maksimum.


EmoticonEmoticon