Thursday 26 May 2016

INFO! KESALAHAN MENGERING WAJAH SELEPAS MENCUCI MUNGKIN PUNCA KULIT BERMASALAH

Tags


(**)anda seharusnya mencuci wajah sebanyak dua kali dalam satu-satu masa untuk benar-benar mencapai kebersihan optimum. Jika anda mengimpikan kulit mulus berseri, anda harus tahu cara yang terbaik bagaimana untuk melakukan rutin pembersihan wajah dengan sempurna.

(**)Seperti yang kebanyakkan orang tidak tahu, kesilapan dalam cara mengeringkan wajah selepas mencuci juga sedikit sebanyak menyumbang kepada masalah kulit yang lebih serius. Pernahkah anda merasakan produk penjagaan wajah anda tidak mampu memberikan kesan terbaik terhadap kulit meskipun ia dibeli dengan harga yang sangat mahal? Ya, itu mungkin kerana anda tidak memberi perhatian yang sepenuhnya terhadap cara pengeringan kulit wajah selepas mencucinya.

(**)Tidak dinafikan, ramai di antara kita dengan selamba menggunakan tuala mandi untuk mengelap muka. Mengaku atau tidak, itu adalah kenyataan yang sangat jijik untuk diterima. Tahukah anda bahawa tuala yang anda gunakan untuk mengeringkan badan bisa menyebar kuman dan bakteria ke atas kulit wajah? Yup! Lebih-lebih lagi jika tuala mandi anda itu lembab kerana tidak dikeringkan dengan sempurna.

(**)Maka, teknik untuk mengelap wajah juga perlu kena pada caranya. Anda tidak boleh sesuka hati mengeringkan kulit wajah dengan cara mengesat atau menggosok tuala secara langsung ke atas wajah kerana ia sebenarnya akan merosakkan tekstur kulit wajah tanpa anda sedari. Namun, cara yang terbaik adalah dengan mengambil sehelai tuala bersih dan hanya perlu menggunakan tekanan ringan untuk menuam seluruh wajah secara lembut sehingga kering.

(**)Bukan itu sahaja, jika anda mengelap muka secara kasar, anda sebenarnya telah menarik lebihan lembapan baik dari kulit. Untuk hasil yang terbaik pula, anda disarankan untuk menukar tuala khas untuk muka setiap hari. Jika tidak pun, sekurang-kurangnya anda boleh gunakan tisu muka supaya tiada kuman mahupun sisa udara kotor melekat pada tuala muka yang disidai merata tempat.


EmoticonEmoticon