(**)Adakah anda merasakan betapa pentingnya menjaga rambut buat anda yang bertudung. Sesetengah orang berpendapat, bila dah bertudung, tidak perlulah ambil berat soal penjagaan rambut ini. Bukan ada sesiapa yang tahu. Rambut anda ada kutu? Penuh kelemumur? Berminyak? Semua boleh disorokkan apabila anda mengenakan hijab ataupun tudung!
(**)Apapun alasan anda, menjaga rambut agar tetap sihat dan cantik tetap penting. Tak kira anda berhijab ataupun tidak. Namun, buat wanita berhijab, anda sebenarnya memerlukan perhatian yang ekstra bagi menjaga kesihatan dan kecantikan rambut anda.
Antara Cara Menjaga Rambut Bertudung Adalah:
1. Jangan Terlalu Kerap Membasuh
(**)– Kekerapan membasuh rambut akan mengakibatkan rambut kehilangan nutrisi.
(**)– Cucilah rambut secara teratur iaitu selang dua atau tiga kali sehari.
(**)– Pilihlah syampu yang bersesuaian dengan rambut kamu.
2. Keringkan Rambut
(**)– Keringkan rambut 90% sebelum memakai tudung kerana rambut gagal bernafas dengan baik, bahkan masalah pening kepala turut terjadi.
(**)– Keguguran rambut dan berkelemumur terjadi akibat rambut tidak kering sepenuhnya.
(**)– Seeloknya membasuh rambut pada waktu petang atau malam supaya rambut akan kering secara semulajadi dan keesokan paginya anda akan selesa untuk menyarungkan tudung.
3. Rawatan Rambut
(**)– Menggunakan perapi kerana ia berfungsi melembap dan melembutkan rambut.
(**)– Penggunaan serum membantu pemuliharaan hujung rambut anda yang kering.
(**)– Pemakaian tonik rambut berfungsi melancarkan peredaran darah, merangsang pertumbuhan rambut dan menghilangkan kekotoran pada kulit kepala dan rambut.
4. Pemilihan tekstur tudung
(**)– Pilihlah tudung yang berasaskan material kapas kerana ia baik dalam pengaliran udara agar kulit kepala mampu bernafas dan menyerap peluh.
(**)– Jika ingin bergaya biarlah bertempat, jangan memakai tudung melebihi 4 lapis kerana kulit kepala tidak dapat bernafas dan berbau.
(**)– Elakkan memakai tudung bewarna hitam jika meluangkan masa di bawah sinaran matahari. Warna hitam akan menyerap sinaran matahari lebih banyak akan membuatkan kulit kepala anda gatal,berpeluh atau pening kepala.
EmoticonEmoticon