Bahan-Bahannya ialah:
(*)4 cawan tepung ubi
(*)2 cawan tepung gandum
(*)4 1/2 cawan gula halus
(*)1/2 sudu serbuk penaik
(*)4 biji telur ayam
(*)1 biji kelapa
Cara Membuatnya ialah:
(*)1. Tepung ubi dan tepung gandum hendaklah digoreng terlebih dahulu. Kemudian ambil 3 cawan santan dari kelapa yang telah diparut.
(*)2. Campurkan tepung ubi, tepung gandum, gula bersama serbuk penaik.
(*)3. Pukul telur hingga kembang dan tuangkannya ke dalam tepung sambil mengguli bersamanya.
(*)4. Tuangkan santan sedikit demi sedikit sambil menggulinya sehingga ianya lembut.
(*)5. Canai dan terapkan mengikut acuan yang disukai.
(*)6. Seterusnya bakar dengan menggunakan api yang sederhana sehingga ianya kelihatan kekuningan.
(*)7. Setelah agak kekuningan, bolehlah diangkat untuk di simpan dalam balang kedap udara.
EmoticonEmoticon