(**)Menantu Idaman. Adakah anda tersenarai sebagai menantu dan ibu mertua yang tak sebulu? Mahu jadi menantu idaman mertua? Sudah pasti, kan!
(**)Ramai yang menganggap “biasalah” jika menantu dan mertua itu sering tak sekata atau sebulu dalam segala perkara. Tapi tak semua begitu kan… ada juga di antara anda yang mampu menjalinkan hubungan yang harmoni dengan ibu mertua seperti anak dan ibu kandung anda sendiri.
(**)Namun, dalam hidup berkeluarga ini tidak semuanya indah. Apabila anda hubungan anda dengan ibu mertua sudah tidak berjalan dengan baik, usah berterusan ‘makan hati’. Anda harus berusaha untuk memperbaiki hubungan tersebut. Ada beberapa cara yang boleh pratik bagi mengambil semula hati ibu mertua sehingga anda berjaya menjadi menantu idaman ataupun menantu kesayangannya.
(**)Caranya tidak mudah, dan anda harus mempunyai tahap kesabaran yang tinggi untuk mengharunginya. Paling penting, jangan putus asa untuk terus mencubanya.
(**)Cuba tips ini, mudah-mudahan hubungan anda dengan ibu mertua menjadi lebih rapat dan anda berjaya menjadi menantu idamannya.
(**)1. Kena tahu menghormati
(**)Cara yang pertama supaya menjadi menantu idaman atau kesayangan adalah dengan menghormati keluarga mertua anda. Hormati mertua seperti anda menghormati ibubapa anda sendiri. Biarpun anda mungkin berbeza pendapat dengannya, tetapi ingatlah bahawa mertua berjaya membesarkan anaknya menjadi lelaki yang anda cintanya sehingga ke hari ini. Setidaknya, anda boleh berfikir bahawa banyak pengajaran penting yang boleh anda peroleh dan jadi pelajaran.
(**)2. Cari Persamaan
(**)Berbeza pendapat bukan bermakna tidak ada persamaan di dalam diri anda dan mertua. Cubalah cari persamaan yang boleh menjadi topik perbualan, atau bahkan mencarikan waktu anda untuk saling mengenali. Contohnya, dalam perkara yang berkaitan dengan berkebun. Jika ada kurang tahu atau arif tentang selok belok berkebun, sedangkan ibu mertua banyak pengalaman.
(**)Jangan teragak-agak untuk memintanya mengajarkannya dan temani mertua ketika berkebun, menjahit atau membuat kuih-muih. Aktiviti sebegini akan membuatkan ibu mertua anda berasa gembira dan turut merasakan anda adalah menantu idamannya.
(**)3. Penuh Perhatian
(**)Tidak kepada suami atau anak-anak sahaja perhatian, tetapi tunjukkan apabila anda memang menghargai dan memberikan perhatian kepada ibu mertua seperti orang tua anda sendiri. Ajak berkomunikasi, pergi menziarahinya, pelawa bersiar-siar atau keluar makan malam, duduk di sampingnya sambil mendengarkan cerita kenangan di masa lalu tentang suami anda, adalah momen-momen istimewa yang membuat hati ibu mertua menjadi gembira.
(**)4. Berfikiran Positif
(**)Mudah mengatakan, namun sukar untuk mengharunginya. Memiliki fikiran yang selalu positif terhadap ibu mertua ini tentangan hebat pertama yang kerap menguji para menantu. Tetapi, fikiran positif anda akan membawa anda pada sikap positif yang akan meluluhkan hati ibu mertua. Mungkin pada saat ini anda sedang mencapai tahap yang kurang disenangi, tetapi namanya juga hati wanita, pasti luluh dengan sikap lemah lembut dan kebaikan hati budi anda itu. Paling penting, hati anda haruslah ikhlas menyayangi ibu mertua anda!
(**)5. Selalu Peka
(**)Menjadi menantu perlu selalu peka dan mengamati kebiasaan ibu mertua. Ketahui apa yang disukainya, mulai daripada seleranya berpakaian, selera makanan, dan sebagainya, yang akan membuatkan anda diingat dan seolah-olah sangat memahami dirinya. Ini bukan bermakna, anda cuba bersaing dengan anak-anaknya ataupun para menantunya yang lain dalam merebut perhatian.
(**)Namun, memang cara ini sangat mudah untuk melembutkan hati ibu mertua. Apabila anda peka dan mengambil berat tentang dirinya, beliau akan mencari dan selalu mengingati anda di benaknya sebagai menantu idaman ataupun menantu yang ideal.
(**)6. Tidak Ragu Minta Pandangan & Nasihatnya
(**)Sebagai seorang yang lebih tua, lebih banyak makan ‘asam’ dan juga ‘garam’, tentunya dia berasa bangga apabila apa yang dilakukanya itu boleh ditiru dan dijadikan pedoman di dalam hidup berumahtangga. Mungkin tidak semua akan anda ikut atau tiru, tetapi setidak-tidaknya dengan bekalan nasihat daripada mertua, anda sedikit sebanyak berasa lega dan belajar bagaimana menjaga keharmonian keluarga.
(**)Semoga 6 tips tersebut dapat membantu anda menghadapi ragam ibu mertua sehari-hari serta boleh membuatkan hubungan anda dengan mertua menjadi lebih baik lagi. Tidak mustahil suatu hari nanti anda akan menjadi menantu kesayangannya! Siapa, sangka, kan…
(**)Tips Ekstra!
(**)Bukan senang hendak mengambil hati ibu mertua kan…
(**)Namun, anda jangan berputus asa untuk menawan hatinya. Anda juga boleh memberikannya hadiah pada hari-hari penting dalam hidup beliau.
(**)1. Belikan Tudung
(**)Pashmina berwarna cerah dapat menyemarakkan penampilan ibu mertua. Selain boleh menjadi aksesori leher, pashmina juga bermanfaat apabila ibu mertua anda mengenakan hijab.
(**)2. Beg Tangan
(**)Beg tangan sudah pasti menjadi salah satu item kegemaran wanita. Jadi, tidak hairanlah memberikan beg tangan merupakan hadiah paling sesuai untuk wanita. Untuk wanita yang sudah berumur, pilihlah beg tangan dengan rekaan klasik dan ukurannya sedikit besar.
(**)3. Minyak Wangi
Selain beg tangan, anda mungkin boleh membelikannya minyak wangi. Jika ibu mertua anda, kategori wanita tipikal yang trendi, anda boleh memberikannya minyak wangi daripada selebriti Hollywood seperti Sarah Jessica Parker atau pun minyak wangi aroma klasik, seperti Chanel No. 5
(**)4. Alat Solek
(**)Anda juga boleh membelikannya satu set alat solek (lipstick, eyeshadow dan blush on). Jika ibu mertua anda, sedikit berumur, pilihlah warn-warna yang tidak terlalu menjolok mata.
EmoticonEmoticon