(**)Ramai ibu mengandung yang berasa cemas dan bimbang ketika menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan.Kebimbangan itu secara tak langsung boleh menganggu kesihatan ibu mengandung serta pertumbuhan janin yang dikandungnya.
(**)Sebenarnya ibu mengandung boleh berpuasa, tetapi mestilah dengan cara yang betul dan keadaan kesihatan ibu mengandung serta janinnya berada dalam keadaan yang baik. Malahan, dengan berpuasa juga akan memberikan banyak manfaat bagi kesihatan ibu mengandung itu sendiri.Bagi ibu mengandung yang ingin berpuasa, anda perlu memilih makanan yang berzat ketika bersahur dan berbuka puasa.
(**)Berikut beberapa panduang buat ibu mengandung yang ingin berpuasa.
(**)Ketika bersahur, pilihlah makanan yang mengandungi protein dan lemak dalam jumlah yang mencukupi. Kedua zat ini mampu menolong ibu mengandung yang sedang berpuasa kerana makanan yang memiliki zat tersebut mampu bertahan lebih lama untuk dihadamkan sehingga memperlambatkan rasa lapar pada siang hari.
(**)Ketika bersahur juga ibu yang sedang mengandung disarankan untuk mengambil makanan yang kaya dengan kandungan vitamin C dan mineral zink. Perkara ini perlu untuk menjaga kesihatan tubuh.
(**)Pengambilan daging juga digalakan bagi ibu mengandung kerana ia mempunyai kandungan kalori dan protein yang sangat tinggi dan boleh disimpan oleh tubuh dalam waktu yang cukup lama.
(**)Untuk mencegah tubuh cepat letih, maka ibu mengandung dinasihatkan tidak memakan makanan yang manis sebagai menu bersahur.
(**)Sebelum waktu sahur berakhir,ibu mengandung wajar minum air putih sebanyak-banyaknya, atau cuba usahakan minum dua liter air putih sehari.
(**)Untuk mencegah ibu mengandung daripada diserang anemia selama berpuasa, minumlah segelas
susu panas setiapkali anda bersahur.
(**)Ibu mengandung perlu dapatkan rehat yang mencukupi ketika berpuasa. Kurangkan aktiviti yang memerlukan anda mengeluarkan energi ekstra. Di samping itu, ibu mengandung perlu menghindari rasa stress dan ingin marah atau memberontak.
(**)Ketika berbuka puasa, ibu mengandung juga dinasihatkan agar tidak mengambil minuman sejuk. Sebaliknya minum air panas suam dan manis untuk meningkatkan kadar gula darah meskipun anda perlu mengawal pemakanan dan minuman yang manis.
EmoticonEmoticon