Friday, 29 April 2016

7 Cara Terbaik Untuk Mengatasi Masalah Rumah Tangga

Tags


(**)Masalah Rumah Tangga.Dalam perkahwinan tentu sahaja ada masalah rumah tangga. Tak kiralah sekarang, masa lalu mahupun akan datang.Masalah rumah tangga yang melanda akan datang silih berganti tanpa ada hentinya.


(**)Tak kira ringan ataupun berat masalah rumah tangga tersebut.Semua itu adalah perkara yang normal dan anda tidak perlu takut untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah rumah tangga tersebut. Apa yang penting, anda perlu kuat, tabah dan sabar dalam menghadapi, mengatasi dan menyelesaikannya.

(**)Ramai yang tidak berjaya untuk mengatasi masalah rumah tangga ini.Malah, bukan sedikit yang tersalah langkah ketika menyelesaikanya.Kebanyakannya cuba menyelesaikan masalah rumah tangga dengan kekerasan dan emosi. Akibatnya akan timbul masalah baru yang tetap memerlukan penyelesaian dengan cara yang matang dan tenang dalam menghadapinya.

(**)Masalah rumah tangga ini sangat luas dan turut bersangkut paut dengan pelbagai macam aspek kehidupan berumahtangga. Bermula dari masalah ekonomi, sahabat handai, jiran, teman sepejabat, pendidikan, agama, kemudahan bersama, anak, idealogi dan sebagainya. Bahkan setiap ahli keluarga juga berpotensi menimbulkan masalah rumah tangga. Tak kiralah, anak, anak angkat, ibubapa, adik, kakak, ipar, isteri, suami dan lain-lain lagi.

(**)Jom, semak beberapa tips untuk mengatasi atau menyelesaikan masalah rumah tangga ini.

(**)Bawa Berbincang
(**)Duduk bersama untuk mendapat keputusan bersama yang baik dan sepakat daripada semua pihak. Dengan berbincang atau bermusyawarah, setiap ahli keluarga akan berasa dirinya dihargai. Siapa yang menjadi ketua keluarga harus menjadi pemimpin yang bijak, adil serta tidak memaksa kehendak.



(**)Belajar Daripada Pengalaman Orang Lain & Ambil Iktibar
(**)Ramai orang lain yang mempunyai masalah rumah tangga yang sama dengan masalah anda. Jadi, tidak salah jika anda belajar daripda pengalaman keluarga atau mereka itu. Anda boleh sahaja meminta pendapat mereka yang lebih lama berkahwin. Lihat keputusan yang baik dan keputusan yang kurang baik sebagai pelajaran paling bermakna. Anda boleh juga contohi apa yang paling baik untuk diterapkan dalam kehidupan berumahtangga yang sedang anda lalui.



(**)Selesaikan Apa Yang Penting Terlebih Dahulu
(**)Masalah yang kecil, sebaiknya tidak diperbesar-besarkan. Masalah kecil boleh sahaja anda abaikan selagi ia tidak berpotensi untuk merebak menjadi besar. Selesaikan terlebih dahulu masalah yang dirasakan perlu ditangani segera atar tidak timbul permasalahan yang lebih besar dalam perkahwinan.



(**)Cari Sokongan Ahli Keluarga
(**)Untuk mengatasi masalah suami/isteri yang anda yakin salah, anda sememangnya memerlukan ahli keluarga lain untuk menyokong tindakan anda bagi mengatasi masalah tersebut. Situasi ini akan membuatkan si dia yang bersalah tersedar bahawa dia harus berubah kerana ahli keluarga yang lain mengharapkan yang terbaik daripada kedua-dua belah pihak.



(**)Mengalah Untuk Menang
(**)Jika menghadapi orang yang keras kepala, jadi salah satu jalan penyelesaian terbaik adalah mengalah dan menganggap masalah rumah tangga tersebut tidak pernah ada. Jika anda berhadapan dengan orang yang sebegini tiada gunanya jika anda turut sama keras kepala kerana dia tidak akan ‘melutut’ di depan anda sekalipun tahu bahawa dia yang salah.



(**)Jangan Sampai Orang Lain Tahu
(**)Semakin ramai orang luar yang tahu masalah rumah tangga anda, akan muncul lagi pelbagai masalah baru . Bahkan anda sendiri pasti akan berasa tidak selesa apabila orang lain mula sibuk membicarakan masalah anda itu. Ini adalah kerana masalah rumah tangga boleh dikatakan sebuah aib yang harus disembunyikan daripada orang-orang yang tidak berhak untuk mengetahuinya. Masalah suami isteri dalam rumah tangga sebaiknya tidak diketahui oleh anak-anak, apatah lagi orang luar!



(**)Pengorbanan
(**)Dalam menyelesaikan sebuah masalah adakalanya anda perlu melakukan satu pengorbanan. Paling penting, bersabar dan ikhlas berkorban. Jangan berkorban hanya untuk menyelesaikan masalah yang tidak perlu atau tidak penting. Jangan gunakan emosi ketika menyelesaikan masalah kerana emosi boleh membuat sebuah keputusan yang diambil tidak sempurna.


EmoticonEmoticon