Friday, 11 March 2016

Tips Untuk Atasi Masalah Punggung Besar

Tags


(*)1. Pilih warna gelap dan terang. Padankan baju warna cerah dengan seluar atau skirt bewarna gelap. Teknik ini akan membuatkan ukuran pinggang anda ke bawah kelihatan lebih kecil dan tidak terlalu melebar.



(*)2. Jika anda menyukai pakaian bermotif, pilih motif kecil atau sedang. Motif besar atau ber-print boleh membuat kan punggung anda kelihatan semakin membesar.



(*)3. Pakailah jaket atau cardigan untuk menyembunyikan punggung bedar anda itu. Jadi, pakailah cardigan atau jaket yang mampu menutupi bahagian punggung tersebut.



(*)4. Pilihlah seluar atau skirt daripada material yang tebal. Ia akan mencengkam punggung anda, sehingga punggung besar anda itu kelihatan lebih ramping.



(*)5. Elakkan memakai seluar atau skirt yang mempunyai detail di bahagian punggung, misalnya sulaman. Pilihlah pakaian yang berpotongan ringkas.



(*)6. Anda boleh memakai dress, tetapi pilihlah yang berpotongan H atau lurus dari atas ke bawah untuk menyeimbangkan bentuk tubuh anda yang besar di bahagian bawah.



(*)7. Untuk mengalih perhatian mata daripada terus memandang ke arah punggung besar anda itu, sebaiknya anda pakailah aksesori seperti rantai bear, cincin besar yang unik dan sebagainya.


EmoticonEmoticon