Friday, 11 March 2016

Resepi Taco Ayam Mexican

Tags


BAHAN-BAHANNYA IALAH:


(*)4-5 keping kulit taco

(*)300gm keju mozarela

(*)2 ketul dada ayam | dipotong dadu

(*)3 sudu besar serbuk perasa taco

(*)1 biji bawang Holand | dicincang

(*)1 biji lada benggala | dipotong dadu

(*)1 biji tomato | dipotong dadu

(*)2 sudu teh mentega / minyak zaitun

CARA MEMASAKNYA IALAH:


(*)1.    Tumis bawang sehingga menjadi lembut. Kemudian masukkan lada benggala.

(*)2.    Masukkan isi ayam dan biarkan ia mengering. Tambahkan serbuk perasa taco ke dalam masakan.

(*)3.    Biarkan inti masak.

(*)4.    Ambil kulit taco dan dipanaskan. Susun inti di dalam kulit taco dan tabur keju.

(*)5.    Panaskan sebentar di dalam microwave selama 2-3 minit untuk mencairkan keju.


EmoticonEmoticon