Friday, 11 March 2016

Resepi Beriani Gam Daging Sedap

Tags


BAHAN-BAHAN NASI:

(*)1.2 kg beras basmathi
(*)250gm minyak sapi
(*)1 sudu teh buah pelaga
(*)2.5cm kulit kayu manis
(*)5 kuntum bunga lawang
(*)1 sudu teh jintan manis
(*)1/2 sudu teh saffron | boleh juga menggunakan pewarna kuning biasa
(*)6 ulas bawang putih | dihiris halus
(*)2.5cm halia  | dihiris halus
(*)5 sudu makan pes rempah beriyani
(*)100gm gajus
(*)100gm kismis
(*)1250ml air
(*)Garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN LAUK:

(*)1.5kg daging
(*)250gm bawang besar | dimayang
(*)250gm rempah beriani
(*)100gm rempah tumis
(*)150gm gula Melaka
(*)100gm daun ketumbar | dihiris
(*)100gm daun pudina | dihiris
(*)300ml minyak sapi
(*)250ml madu
(*)250ml puri tomato
(*)250ml sos tomato
(*)250ml sos cili
(*)175ml susu cair
(*)Garam secukup rasa


BAHAN-BAHAN KISAR:

(*)200gm bawang merah
(*)150gm bawang putih
(*)150gm halia
(*)100gm kunyit hidup
(*)100gm buah keras
(*)150gm cili merah
(*)150gm cili hijau
(*)4 batang serai


CARA-CARA MEMASAKNYA IALAH:

(*)1. Pijarkan minyak sapi di dalam periuk, tumiskan buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang, jintan manis beserta bahan-bahan yang dihiris sehingga wangi.

(*)2. Masukkan rempah beriyani dan kacau rata sehingga naik bau.

(*)3. Seterusnya masukkan beras dan kacau rata.

(*)4. Masukkan air sehingga menutup beras dan kacau rata.

(*)5. Masukkan saffron, gula dan garam secukup rasa.

(*)6. Kecilkan api. Masak nasi sehingga masak. Taburkan gajus dan kismis.

(*)7. Untuk lauk, panaskan minyak sapi di dalam periuk dan tumiskan bawang besar serta bahan kisar lain sehingga garing.

(*)8. Kemudian masukkan rempah beriani dan rempah tumis. Kacau rata sehingga pecah minyak.

(*)9. Seterusnya masukkan daging kambing dan gaul sebati.

(*)10. Masukkan puri tomato, sos tomato, sos cili, madu, gula melaka dan susu cair. Didihkan. Tambah sedikit air jika perlu.

(*)11. Akhir sekali perasakan dengan garam secukupnya. Apabila kuah hampir kering, taburkan daun pudin adan daun ketumbar. Sedia untuk dihidangkan bersama nasi.


EmoticonEmoticon