Friday, 25 March 2016

Tips Supaya Jaga Hubungan Makin Utuh Dan Suami Tak Cari Orang Lain

Tags


(*)Berikut beberapa tips menjaga hubungan yang perlu anda amalkan jika ingin dicintai suami selamanya.

Pastikan Anda & Suami Saling Puas!

(*)Di sebabkan perkara yang satu inilah, banyak rumahtangga yang hancur serta membawa kepada penceraian. Ternyata memberikan pasangan kepuasan ketika melakukan hubunagn suami isteri adalah sangat penting dan inilah tips menjaga hubungan yang paling utama.Kepuasan mempengaruhi mood anda dan pasangan pada setiap hari. Jika tidak, kemungkinan nanti sama ada suami atau anda menjadi stress dan kerap beremosi terhadap pasangan, sehingga menimbulkan penceraian atau wujudnya orang ketiga dalam perkahwinan. Jangan ragu-ragu untuk bertanya kepada suami, apakah dia puas dengan layanan anda. Jangan biarkan keluhan sang suami dipendam begitu sahaja yang mana akhirnya dia mencari wanita lain untuk memuaskan nafsu berahinya.


Bijak Melayan Suami

(*)Sebagai ibu, selain menguruskan anak-anak, kerja-kerja rumah, memasak dan sebagainya, anda juga perlu bijak melayan suami dalam apa jua perkara untuk menambah keharmonian rumah tangga. Contohnya menyiapkan makan-minum dan segala keperluan suami. Lakukannya setiap hari dengan penuh rasa cinta dan ikhlas. Ketulusan hati serta sikap anda yang agak sempurna membuatkan suami berasa semakin cinta sehingga tidak terfikir untuk mencari wanita lain selain daripada anda!


Bersopan Santun & Bercakap Dengan Nada Lembut

(*)Dalam dunia ini, tiada seorang pun yang tidak pernah melakukan sebarang kesalahan dalam hidupnya. Sebagai pasangan suami isteri, sudah tentu anda dan pasangan tidak lari daripada melakukan kesalahan. Jika suami anda yang melakukan kesalahan, cubalah menasihatinya dengan sopan. Gunakan kata-kata yang tidak menyinggung perasaan dan bercakaplah dengan nada suara yang lembut. Jika ia disuarakan dengan lembut dan sopan, sudah tentu sikap suami anda yang sedang berkocak itu pada saat itu dapat dikawal.


Sentiasa Berpenampilan Menarik Di Depan Suami

(*)Suami mana yang tidak mahu melihat isterinya tampil menarik dan sedap dipandangan matanya? Mana-mana suami pun tentunya ingin melihat isterinya berdandan cantik setiapkali dia pulang dari mencari nafkah. Kepenatan suami pasti hilang apabila melihat anda berpenampilan menarik, tidak seperti ‘Hantu Kak Limah’!

(*)Sang suami pasti seronok berada dirumah dan sentiasa ingin balik cepat ke rumah apabila melihat isterinya cukup cantik dan berseri di depannya.


Jaga Maruah Diri & Harta Suami

(*)Tips menjaga hubungan yang seterusnya ialah menjaga maruah diri dan harta suami. Apabila suami tiada di rumah, sebagai isteri anda harus menjaga nama baiknya. Jangan sesekali membenarkan tetamu yang tidak dikenali atau sesiapa sahaja yang tidak anda kena mengena dengan anda dan suami, masuk ke dalam rumah, apatah lagi lelaki tanpa izin suami anda. Selain itu, anda juga harus menjaga kehormatan suami anda. Pastikan anda tidak berkongsi cerita atau membongkar aib suami anda sendiri pada sesiapa. Seorang isteri sepatutnya dapat menjaga harta suaminya dan mengurus rumahtangga dengan baik tanpa adanya pembaziran dan sebagainya.


Sentiasa Tenangkan Hati Suami, Bukan Membebaninya

(*)Dalam kehidupan berumahtangga, sudah pasti ada pasang surutnya. Ada sahaja masalah dan persoalan yang timbul, tak kira masalah ekonomi ataupun sosial.Jika ingin menjadi isteri yang baik untuk suami,a dan baiknya anda tidak membebankan suami dengan hal yang remeh-temeh.

(*)Di samping itu juga, pastikan anda menyelesaikan kerja-kerja rumah sebelum suami balik dari kerja. Suami mana yang tidak berasa rimas apabila melihat keadaan rumah yang berselerakan ketika balik kerja. Bahkan anak-anak anda juga masih belum mandi, comot dan sebagainya.

Luangkan Waktu Untuk Berduaan

(*)Manfaatkan waktu berduaan adalah tips menjaga hubungan suami isteri agar jalinan cinta menjadi semakin erat. Setiap suami pasti ingin mendapat sokongan daripada isterinya.Jadi, jangan lupa hujani suami anda dengan kata-kata pujian, sokongan kerana ia memberikan pengaruh positif yang cukup kuat buat suami untuk meraih masa depan yang jauh lebih baik. Sebagai seorang isteri, anda seharusnya lebih memahami kehendak suami dan sebagainya.


EmoticonEmoticon