Bahan-Bahannya ialah:
(*)1kg laksa beras – di rebus dan toskan (Boleh guna laksa kering)
(*)1kg ikan kembung – di bersihkan
(*)1/2 kg ikan selayang – di bersihkan
(*)2 batang bunga kantan – di hiris
(*)5 tangkai daun kesum
(*)3-5 keping asam gelugur
(*)3 liter air
(*)garam secukup rasa
Bahan Kisarnya ialah –
(*)250gm bawang besar
(*)150gm cili kering – kurangkan jika tak tahan pedas
(*)25gm belacan
Bahan Hiasannya ialah –
(*)8 biji telur – di rebus dan dibelah dua
(*)20gm cili padi – di potong
(*)5 tangkai daun selom – di hiris
(*)1 biji timun – di hiris halus
Cara Memasaknya ialah:
(*)1. Rebus ikan kembung dan selayang. Asingkan bahagian isi dan tulang ikan.
(*)2. Isi ikan dikisar dan dimasukkan kedalam periuk yang berisi air. Kemudian kisar tulang ikan sehingga hancur, tapis dan masukkan ke dalam periuk yang sama.
(*)3. Masukkan bahan kisar ke dalam rebusan ikan tadi.
(*)4. Masukkan asam keping, bunga kantan, daun kesum dan perasakan. Biarkan mendidih dan angkat.
(*)5. Masukkan laksa ke dalam mangkuk bersama bahan-bahan hiasan.
EmoticonEmoticon